Saturday, 28 January 2017

PRIHATIN NASIB MANGSA BANJIR - KELAB ANAK RAUB TURUN PADANG AGIH BANTUAN PASCA BANJIR



PROGRAM BANTUAN PASCA BANJIR KELAB ANAK RAUB-MINDEF 2017 - INISIATIF NGO BANTU MANGSA BANJIR RAUB

Musim hujan yang melanda seluruh negara telah menyebabkan air naik dengan mendadak di kebanyakan tempat di pantai timur mengakibatkan kejadian banjir berlaku tanpa di duga penduduk yang mengalami musibah. Pahang turut terlibat dengan dengan sesetengah daerah mengalami kenaikan air yang tidak di duga sama sekali. Raub antara daerah yang terlibat apabila air di hulu turun berserta hujan lebat melanda daerah tersebut beberapa hari.

Bantuan segera kepada mangsa banjir telah di hantar dengan kadar segera kerana ada tempat yang selalunya tidak mengalami banjir telah menerima kejutan apabila mereka di landa musibah tersebut. Akibat kejadian tersebut ada mangsa yang tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana tidak menduga akan terlibat dengan musibah tersebut. Tidak ketinggalan Umno Raub prihatin dengan nasib rakyat telah turun padang memberi bantuan segera kepada rakyat yang terlibat bersama agensi kerajaan untuk mengelakkan mangsa banjir mengalami kesukaran.

Kadar penurunan paras air dengan cepat telah memberi kelegaan kepada yang terlibat namun demikian keadaan kediaman serta harta benda yang musnah meninggalkan kesan trauma terhadap mereka. Mengambil kira kesan banjir terhadap mangsa, sebuah kelab NGO, Kelab Anak Raub mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan kerjasama ahli ahli sukarelawan.

Program yang dilakukan tanpa perancangan adalah atas dasar prihatin Kelab Anak Raub yang tidak mahu ketinggalan dalam memberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban mangsa terlibat. Menurut CEO Kelab Anak Raub, Mejar (Kehormat) Fadzli Mohamad Kamal, mereka hanya mengambil masa tidak sampai sehari bagi mengumpul bantuan berupa barangan keperluan harian serta beberapa kelengkapan rumah untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat. Memilih Tanjung Putus dan Maahad Tahfiz Bukit Pampong sebagai lokasi pemberian bantuan, konvoi 16 buah kenderaan bergerak dari Kuala Lumpur ke Raub ketika cuti Tahun Baru Cina.

Turut membantu pergerakan serta pengagihan bantuan ini Pemuda Umno Raub menghulur bantuan sukarelawan bagi memudahkan operasi bantuan pasca banjir Kelab Anak Raub. Apa yang membanggakan semangat ahli Kelab Anak Raub berkobar kobar kerana bagi mereka rakyat yang terlibat dalam banjir ini seperti keluarga mereka sendiri memandangkan semua ahli kelab tersebut berasal dari Raub.

Adun Dong, Dato Seri Shahiruddin Moin yang juga Exco Mesyuarat Kerajaan Pahang diberikan penghormatan bagi menyampaikan bantuan bagi pihak Kelab Anak Raub dan kemesraan yang ditunjukkan mereka menyentuh hati penduduk yang menerima bantuan tersebut. Berharap akan terus dapat membantu penduduk Raub yang di timpa musibah, Timbalan CEO Kelab Anak Raub, Kamil Ibrahim mahu program seperti ini disertai lebih ramai anak anak Raub bagi membantu meramaikan lagi keahlian dan boleh membantu orang Raub apabila musibah melanda dengan kerjasama agensi serta Umno Raub dan mewujudkan semangat kesukarelaan di kalangan anak anak Raub.










No comments:

Post a Comment