Showing posts with label Kelab Anak Raub. Show all posts
Showing posts with label Kelab Anak Raub. Show all posts

Friday, 19 May 2017

KELAB ANAK RAUB TERUS TABUR BAKTI

ZIARAH KASIH EHYA RAMADHAN KELAB ANAK RAUB BERI SINAR BUAT PENERIMA

Menghampiri Ramadhan 2017 membawa seribu pengertian buat Umat Islam seluruhnya. Persiapan untuk menyambut bulan mulia mula dirasai, tidak kurang juga bantuan kepada yang memerlukan sudah mula diagihkan bagi memberi kegembiraan buat mereka yang kurang bernasib baik.

Kelab Anak Raub yang merupakan sebuah NGO tidak melepaskan peluang untuk menabur bakti dan berkongsi rezeki. Program Ziarah Kasih Ehya Ramadan di atur oleh Kelab Anak Raub bagi menyampaikan bantuan kepada yang terpilih di Felda Lembah Klau, Raub pada 19 Mei 2017. Bantuan berupa keperluan asas disediakan dengan usaha ahli Kelab Anak Raub dan inisiatif ini mendapat sokongan dari Ketua Umno Bahagian Raub, Dato Sri Shahiruddin Moin merangkap Adun Dong.

Membanggakan sekali sambutan dari ahli Kelab Anak Raub di luar jangkaan dan mendapat respon yang sangat baik dari JKKK Felda Lembah Klau. Pihak Felda menyediakan nama nama penerima bantuan serta membawa rombongan Anak Raub menghantar bantuan serta beramah mesra dengan penerima menjadi momen paling indah buat semua ahli Anak Raub.

Shahiruddin yang turut bersama menghantar bantuan rumah ke rumah mengambil kesempatan bertanya khabar serta memberi bantuan segera kepada beberapa individu yang agak memerlukan selain dari apa yang disediakan Anak Raub. Timbalan CEO Anak Raub, Kamil Ibrahim yang turun padang menyampaikan bantuan turut memberi sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban penerima.

Ziarah Kasih Ehya Ramadhan anjuran Anak Raub mendapat reaksi positif dari penduduk setempat dan melahirkan rasa kesyukuran ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka. Program diakhiri dengan perlawanan Petanque antara Anak Raub dan penduduk setempat.

Saturday, 8 April 2017

KOMITED DENGAN ANAK MUDA, ANAK RAUB TERUS DEKATI SASARAN TN50


KELAB ANAK RAUB TERUS DEKATI BELIA RAUB - SAHUT SERUAN TN50

Dalam menyahut seruan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib yang mengilhamkan Transformasi 2050 dikenali sebagai TN50, Kelab Anak Raub meneruskan usaha mendekati golongan sasaran. Ceo Anak Raub  Fadzli Kamal bersama ahli Anak Raub menyertai Karnival Kebudayaan Dan Sukan Air anjuran Belia Pamah Rawas Dong.

Penyertaan meriah oleh penduduk setempat bersama Anak Raub dapat di lihat dengan kemesraan yang terjalin. Kehadiran di sambut meriah terus menerima kejutan dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan Anak Raub untuk Karnival tersebut.

Kejutan dilakukan oleh Ceo Anak Raub apabila mengumumkan 5 cabutan bertuah menerima wang saguhati RM100 sebagai pembakar semangat Belia Pamah Rawas. Seorang Ahli Jawatankuasa Anak Raub turut membuat kejutan istimewa kepada penduduk serta peserta apabila turut memberi saguhati berupa wang tunai yang disampaikan oleh wakil Anak Raub.

Jalinan antara Belia dan Anak Raub membuktikan kehadiran suara anak muda adalah penting dalam mengorak langkah menyahut seruan TN50. Golongan anak muda merupakan generasi yang akan membentuk negeri serta negara di masa akan datang dan karnival seumpama ini merupakan satu contoh kerjasama dan semangat kebersamaan antara NGO dan Belia perlu seiring.

Video karnival tersebut : KLIK : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=402623070121356&id=100011209989867

Saturday, 11 February 2017

KELAB ANAK RAUB TABUR BAKTI KEPADA ANAK MUDA - USAHA NGO DEKATI RAKYAT DI PINGGIR DAP

Tanpa protokol dan secara spontan, Kelab Anak Raub bersama Timbalan Ceo Kamil Ibrahim turun padang bersama anak muda dan menghulur sedikit sumbangan untuk anak muda Taman Muhibbah Raub beriadah.

Selaku NGO yang menghimpunkan anak muda kelahiran daerah Raub, Kelab Anak Raub mengorak langkah kecil memberi serba sedikit bantuan mengikut kemampuan ahli. Memerhatikan keperluan riadah untuk anak muda diperbaiki, usaha NGO ini hanyalah untuk menggembirakan serta menggalakkan anak muda bersukan.

Walau hanya sebuah gelanggang takraw dan keperluan sukan tersebut, riak kegembiraan anak muda Taman Muhibbah menerima baik bantuan yang diberikan boleh di lihat. Rata rata mereka tergamam apabila sebuah NGO masih prihatin terhadap masalah yang dihadapi.

Telah kecewa dengan Ahli Parlimen Raub dari DAP yang tidak peduli akan kehendak anak muda Raub, ternyata Kelab Anak Raub berjaya meyakinkan kembali masih ada pihak yang mengambil berat akan kehendak anak muda setempat.

Selaku Timbalan CEO Kelab Anak Raub, Kamil Ibrahim mewakili CEO Fazli menyampaikan sumbangan berupa keperluan dan sedikit wang saguhati kepada anak muda di Taman berkenaan. Turut turun membantu usaha ini Ketua Pemuda Raub, Azra tidak kekok untuk bersama berpanas mengecat gelanggang takraw bagi kemudahan bersukan.

Mungkin Ariff Sabri memandang suara anak muda ini tidak penting bagi beliau dalam PRU14 tetapi bagi Umno Raub inilah aset pengundi yang akan membantu kemenangan pada PRU14.

Rakyat Raub memerhati perkembangan serta gerak kerja parti serta NGO yang prihatin kepada mereka dan pastinya DAP bukan lagi pilihan buat orang Raub.

Saturday, 28 January 2017

PRIHATIN NASIB MANGSA BANJIR - KELAB ANAK RAUB TURUN PADANG AGIH BANTUAN PASCA BANJIR



PROGRAM BANTUAN PASCA BANJIR KELAB ANAK RAUB-MINDEF 2017 - INISIATIF NGO BANTU MANGSA BANJIR RAUB

Musim hujan yang melanda seluruh negara telah menyebabkan air naik dengan mendadak di kebanyakan tempat di pantai timur mengakibatkan kejadian banjir berlaku tanpa di duga penduduk yang mengalami musibah. Pahang turut terlibat dengan dengan sesetengah daerah mengalami kenaikan air yang tidak di duga sama sekali. Raub antara daerah yang terlibat apabila air di hulu turun berserta hujan lebat melanda daerah tersebut beberapa hari.

Bantuan segera kepada mangsa banjir telah di hantar dengan kadar segera kerana ada tempat yang selalunya tidak mengalami banjir telah menerima kejutan apabila mereka di landa musibah tersebut. Akibat kejadian tersebut ada mangsa yang tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana tidak menduga akan terlibat dengan musibah tersebut. Tidak ketinggalan Umno Raub prihatin dengan nasib rakyat telah turun padang memberi bantuan segera kepada rakyat yang terlibat bersama agensi kerajaan untuk mengelakkan mangsa banjir mengalami kesukaran.

Kadar penurunan paras air dengan cepat telah memberi kelegaan kepada yang terlibat namun demikian keadaan kediaman serta harta benda yang musnah meninggalkan kesan trauma terhadap mereka. Mengambil kira kesan banjir terhadap mangsa, sebuah kelab NGO, Kelab Anak Raub mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan kerjasama ahli ahli sukarelawan.

Program yang dilakukan tanpa perancangan adalah atas dasar prihatin Kelab Anak Raub yang tidak mahu ketinggalan dalam memberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban mangsa terlibat. Menurut CEO Kelab Anak Raub, Mejar (Kehormat) Fadzli Mohamad Kamal, mereka hanya mengambil masa tidak sampai sehari bagi mengumpul bantuan berupa barangan keperluan harian serta beberapa kelengkapan rumah untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat. Memilih Tanjung Putus dan Maahad Tahfiz Bukit Pampong sebagai lokasi pemberian bantuan, konvoi 16 buah kenderaan bergerak dari Kuala Lumpur ke Raub ketika cuti Tahun Baru Cina.

Turut membantu pergerakan serta pengagihan bantuan ini Pemuda Umno Raub menghulur bantuan sukarelawan bagi memudahkan operasi bantuan pasca banjir Kelab Anak Raub. Apa yang membanggakan semangat ahli Kelab Anak Raub berkobar kobar kerana bagi mereka rakyat yang terlibat dalam banjir ini seperti keluarga mereka sendiri memandangkan semua ahli kelab tersebut berasal dari Raub.

Adun Dong, Dato Seri Shahiruddin Moin yang juga Exco Mesyuarat Kerajaan Pahang diberikan penghormatan bagi menyampaikan bantuan bagi pihak Kelab Anak Raub dan kemesraan yang ditunjukkan mereka menyentuh hati penduduk yang menerima bantuan tersebut. Berharap akan terus dapat membantu penduduk Raub yang di timpa musibah, Timbalan CEO Kelab Anak Raub, Kamil Ibrahim mahu program seperti ini disertai lebih ramai anak anak Raub bagi membantu meramaikan lagi keahlian dan boleh membantu orang Raub apabila musibah melanda dengan kerjasama agensi serta Umno Raub dan mewujudkan semangat kesukarelaan di kalangan anak anak Raub.