Saturday, 11 February 2017

KELAB ANAK RAUB TABUR BAKTI KEPADA ANAK MUDA - USAHA NGO DEKATI RAKYAT DI PINGGIR DAP

Tanpa protokol dan secara spontan, Kelab Anak Raub bersama Timbalan Ceo Kamil Ibrahim turun padang bersama anak muda dan menghulur sedikit sumbangan untuk anak muda Taman Muhibbah Raub beriadah.

Selaku NGO yang menghimpunkan anak muda kelahiran daerah Raub, Kelab Anak Raub mengorak langkah kecil memberi serba sedikit bantuan mengikut kemampuan ahli. Memerhatikan keperluan riadah untuk anak muda diperbaiki, usaha NGO ini hanyalah untuk menggembirakan serta menggalakkan anak muda bersukan.

Walau hanya sebuah gelanggang takraw dan keperluan sukan tersebut, riak kegembiraan anak muda Taman Muhibbah menerima baik bantuan yang diberikan boleh di lihat. Rata rata mereka tergamam apabila sebuah NGO masih prihatin terhadap masalah yang dihadapi.

Telah kecewa dengan Ahli Parlimen Raub dari DAP yang tidak peduli akan kehendak anak muda Raub, ternyata Kelab Anak Raub berjaya meyakinkan kembali masih ada pihak yang mengambil berat akan kehendak anak muda setempat.

Selaku Timbalan CEO Kelab Anak Raub, Kamil Ibrahim mewakili CEO Fazli menyampaikan sumbangan berupa keperluan dan sedikit wang saguhati kepada anak muda di Taman berkenaan. Turut turun membantu usaha ini Ketua Pemuda Raub, Azra tidak kekok untuk bersama berpanas mengecat gelanggang takraw bagi kemudahan bersukan.

Mungkin Ariff Sabri memandang suara anak muda ini tidak penting bagi beliau dalam PRU14 tetapi bagi Umno Raub inilah aset pengundi yang akan membantu kemenangan pada PRU14.

Rakyat Raub memerhati perkembangan serta gerak kerja parti serta NGO yang prihatin kepada mereka dan pastinya DAP bukan lagi pilihan buat orang Raub.