Wednesday, 22 February 2017

ADUN DAP AKUI PARTI SEMAKIN LEMAH SEJAK BERSAMA MAHATHIR

Tidak menyangka Yb Choong Siew Onn berada di dalam wad lelaki Hospital Raub untuk menjemput kenalannya yang mendapat rawatan serta kemudahan yang disediakan kerajaan. Adun Tras dari DAP ini ternyata kelihatan tersipu sipu kerana tidak ramai rakyat mengenali beliau sebagai Adun dan kehadirannya tidak di sambut oleh sesiapa pun malah penulis terpaksa bertanya kepada beliau sendiri adakah beliau Adun Tras.

Kesempatan bersembang santai bersama Siew Onn berkisar mengenai kekuatan DAP yang kini dilihat semakin luntur berikutan protes dalaman oleh ahli DAP sendiri. Mereka yang rata rata berpendapat kerjasama dengan Mahathir oleh Lim Kit Siang hanya mengundang bahaya kepada parti tersebut sebenarnya terpaksa memendam rasa kerana sikap autokratik kepimpinan DAP tidak membolehkan sebarang kritikan terbuka di buat melainkan protes seperti yang dilakukam oleh 4 orang wakil DAP Melaka. Malahan kerjasama dengan PPBM juga tidak mendatangkan manfaat kepada DAP apabila dibandingkan dengan kerja keras PAS ketika mereka masih bersama dalam Pakatan Rakyat. Siew Onn berpendapat DAP sebenarnya masih memerlukan PAS untuk bekerja di akar umbi bagi pihak pembangkang dan kerja tersebut belum mampu ditandingi PAN selaku sekutu baru menggantikan PAS.

Apabila di tanya mengenai keinginannya bertanding di Dun Tras, Siew Onn tidak menolak jika DAP Pusat mencalonkannya kerana selepas 6 kali di calonkan beliau menang 2 kali di Tras dan bersedia untuk berundur jika ada pengganti yang sesuai. Malah beliau tidak menolak jika BN mengemukakan calon berwibawa, kerusi Tras bakal di rampas balik oleh BN pada masa akan datang. Beliau yang kini sedang mempersiapkan pengganti dan melatih anak muda untuk mewarisi legasi DAP di Parlimen Raub tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan mood pengundi yang memihak kepada BN seandainya krisis DAP masih berlaku.

Apa yang penulis perhatikan dari kenyataan Siew Onn, beliau bercakap dalam nada kekecewaan tetapi terpaksa disorokkan demi menjaga maruah DAP. Apabila di tanya mengenai Leong Ngah Ngah Adun Tanah Rata yang juga dari DAP, Siew Onn menegaskan apabila Leong berpindah dari Triang ke Tanah Rata beliau hanya menghadapi masalah dan tidak mampu menyelesaikannya dengan baik sebagai Adun. Mesej jelas dari perbualan santai ini menjelaskan mengapa kini DAP semakin lemau di peringkat bawahan dan hanya GAH di peringkat atasan.

Jika pihak lawan perhatikan dan tahu di mana kelemahan DAP ini dan kesempatan dari krisis yang melanda perlu di ambil seberapa segera bagi mendapatkan kembali kepercayaan pengundi hanya BN yang mampu menjamin kemakmuran rakyat dan negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment