Showing posts with label DAP Raub. Show all posts
Showing posts with label DAP Raub. Show all posts

Thursday, 8 February 2018

DAP AMAL KONSEP 'LOMPAT KATAK' UNTUK PRU14

Selepas memenangi PRU13 Dun Tanah Rata yang dimenangi DAP tidak banyak berlaku perubahan walau berjanji pelbagai perkara namun hingga hari ini segala masalah di Dun N1 diselesaikan oleh Barisan Nasional.

Leong Ngah Ngah nama yang agak besar ketika bertanding di Triang ternyata sangat lemah di Tanah Rata selaku wakil rakyat. Tinjauan penulis ke Tanah Rata bermula dari Blue Valley hingga ke Ringlet dan Lembah Bertam menerima pelbagai reaksi apabila bertanyakan apa sumbangan serta pembaharuan yang di bawa DAP. Penduduk setempat tertanya apa yang DAP buat untuk pengundi selama ini di Tanah Rata. Kewujudan DAP Tanah Rata juga umpama melepaskan batuk di tangga dan jika ada isu pun kisah longkang dan penutup longkang sahaja yang mampu DAP paparkan di laman media sosial.

Seperti mengikut perbuatan Lim Kit Siang yang lari dari kerusi Gelang Patah, Leong Ngah Ngah dikatakan akan lari dari Tanah Rata dan mahu memilih kerusi Parlimen Raub menggantikan Dato Ariff Sabri yang di serang strok. Ariff Sabri calon DAP yang digunakan bagi mem'BODOH'kan pengundi Melayu Raub telah berjaya membawa kemalapan ke Parlimen tersebut sejak 2013 hingga kini. Ura ura Leong Nga Nga berubah kerusi sudah kelihatan apabila beliau mula membuat lawatan ke Hospital Raub dan menyerahkan hadiah kepada pesakit dalam wad. Jika benar Leong Ngah Ngah akan bertanding di kerusi Parlimen Raub maka pengundi N1 Tanah Rata jelas tertipu dengan permainan DAP Cameron Highlands selama ini. Penyokong pembangkang di Cameron Highlands kini sudah boleh memikirkan adakah berbaloi mereka memberi sokongan kepada DAP selama ini jika akhirnya mereka ditinggalkan begitu sahaja?

Jika anda ke Pusat Peranginan Cameron Highlands pasti anda akan terkejut dengan 'Jasa' DAP selama ini bilamana jalanraya rosak di kiri kanan jalan tanpa diperbaiki kerana Adun tidak mempedulikan rintihan pengundi. Mereka berharap kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional bagi membaikpulih kerosakan serta menyelesaikan masalah berbangkit di N1 Tanah Rata.

Siapa lagi DAP harapkan untuk mewakili mereka di Tanah Rata? Mampukah DAP mengekalkan kerusi N1 jika perangai Adun sekarang di pertimbangkan malah perangai 'Lompat Katak' dalam DAP seperti menjadi kebiasaan buat mereka kerana bagi mereka Rakyat dan Pengundi tidak sepenting kuasa. Mereka akan terus menipu rakyat dan pengundi bahawa mereka akan bawa perubahan dan jika tiada apa yang di bawa mereka mula menyalahkan Barisan Nasional pula.

Wednesday, 22 February 2017

ADUN DAP AKUI PARTI SEMAKIN LEMAH SEJAK BERSAMA MAHATHIR

Tidak menyangka Yb Choong Siew Onn berada di dalam wad lelaki Hospital Raub untuk menjemput kenalannya yang mendapat rawatan serta kemudahan yang disediakan kerajaan. Adun Tras dari DAP ini ternyata kelihatan tersipu sipu kerana tidak ramai rakyat mengenali beliau sebagai Adun dan kehadirannya tidak di sambut oleh sesiapa pun malah penulis terpaksa bertanya kepada beliau sendiri adakah beliau Adun Tras.

Kesempatan bersembang santai bersama Siew Onn berkisar mengenai kekuatan DAP yang kini dilihat semakin luntur berikutan protes dalaman oleh ahli DAP sendiri. Mereka yang rata rata berpendapat kerjasama dengan Mahathir oleh Lim Kit Siang hanya mengundang bahaya kepada parti tersebut sebenarnya terpaksa memendam rasa kerana sikap autokratik kepimpinan DAP tidak membolehkan sebarang kritikan terbuka di buat melainkan protes seperti yang dilakukam oleh 4 orang wakil DAP Melaka. Malahan kerjasama dengan PPBM juga tidak mendatangkan manfaat kepada DAP apabila dibandingkan dengan kerja keras PAS ketika mereka masih bersama dalam Pakatan Rakyat. Siew Onn berpendapat DAP sebenarnya masih memerlukan PAS untuk bekerja di akar umbi bagi pihak pembangkang dan kerja tersebut belum mampu ditandingi PAN selaku sekutu baru menggantikan PAS.

Apabila di tanya mengenai keinginannya bertanding di Dun Tras, Siew Onn tidak menolak jika DAP Pusat mencalonkannya kerana selepas 6 kali di calonkan beliau menang 2 kali di Tras dan bersedia untuk berundur jika ada pengganti yang sesuai. Malah beliau tidak menolak jika BN mengemukakan calon berwibawa, kerusi Tras bakal di rampas balik oleh BN pada masa akan datang. Beliau yang kini sedang mempersiapkan pengganti dan melatih anak muda untuk mewarisi legasi DAP di Parlimen Raub tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan mood pengundi yang memihak kepada BN seandainya krisis DAP masih berlaku.

Apa yang penulis perhatikan dari kenyataan Siew Onn, beliau bercakap dalam nada kekecewaan tetapi terpaksa disorokkan demi menjaga maruah DAP. Apabila di tanya mengenai Leong Ngah Ngah Adun Tanah Rata yang juga dari DAP, Siew Onn menegaskan apabila Leong berpindah dari Triang ke Tanah Rata beliau hanya menghadapi masalah dan tidak mampu menyelesaikannya dengan baik sebagai Adun. Mesej jelas dari perbualan santai ini menjelaskan mengapa kini DAP semakin lemau di peringkat bawahan dan hanya GAH di peringkat atasan.

Jika pihak lawan perhatikan dan tahu di mana kelemahan DAP ini dan kesempatan dari krisis yang melanda perlu di ambil seberapa segera bagi mendapatkan kembali kepercayaan pengundi hanya BN yang mampu menjamin kemakmuran rakyat dan negeri Pahang.

Thursday, 9 February 2017

ZURAIDA 'AMPANG' BAWA ROMBONGAN BIADAP MASUK FELDA - BANTUAN CARI UNDI BERLOGO PKR DIAGIHKAN



WANITA PKR BAWA GULA GULA PRU14 UNTUK ANAK ANAK OKU DI FELDA - DAP SUDAH BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA KERUSI RAUB



Seperti yang telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Raub dari DAP, Ariff Sabri dalam temuramah eksklusif beliau bersama penulis di Taman Bandar yang mendedahkan Felda kini menjadi sasaran pembangkang untuk mereka tembusi perkara tersebut sudah bermula seawal Februari.

Namun demikian, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan langkah tersebut terelbih dahulu sebelum DAP mulakan dengan siri Jelajah Win Wanita PKR Pusat di Felda Tersang pada 9 Februari 2017. Tindakan PKR ini boleh diibaratkan seperti mahu memberi isyarat kepada DAP Raub, wakil mereka Ariff Sabri sudah tidak lagi mampu untuk bertanding dan kekalkan kerusi tersebut dan selari dengan pengumuman Presiden PKR sendiri yang mahu wakil dari PKR pula mengambil alih kerusi DUN dan Parlimen. Ariff yang tidak menyerlah sebagai wakil Pakatan Harapan di Raub sebenarnya hanya digunakan oleh DAP bagi menembusi kawasan sensitif Melayu seperti Felda dan Penasihat DAP Lim Kit Siang baru sedar akan kuasa mengundi yang terdapat di Felda sekaligus membawa kepada penubuhan Biro Felda DAP baru baru ini.

Dalam program di Felda Tersang 3, ternyata PKR hanya mengeksploitasi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terdiri daripada anak anak peneroka Tersang di PDK Tersang. Wanita PKR yang turun padang ke kawasan penempatan peneroka tersebut membawa sejumlah barangan yang mempunyai logo parti untuk diagihkan kepada 23 orang OKU. Mengapa baru sekarang PKR turun padang selama Pakatan Harapan memegang kerusi Raub? Adakah mereka sudah merasai bahang PRU14 dan kini mula mahu mengumpan peneroka dengan segala bantuan bagi menunjukkan seperti parti itu prihatin kepada OKU yang selama ini tidak dipedulikan oleh PKR dan DAP sendiri.

Rakyat perlu melihat cara PKR ini tidak lebih daripada mencari undi dan mereka pastinya akan tidak dipedulikan seandainya calon PKR memenangi kerusi yang ditandingi. Tidak seperti Barisan nasional melalui Umno yang sentiasa konsisiten dengan bantuan tanpa mengira waktu, PKR sebenarnya terdesak menenpatkan wakil mereka di Raub bagi menunjukkan seolah sokongan rakyat terhadap parti tersebut telah meningkat  disebalik hakikat PKR di tolak oleh rakyat Pahang.

Kehadiran rombongan dari PKR Pusat itu juga telah menimbulkan rasa marah jemaah surau Tersang 3 apabila rombongan dengan angkuh merempuh masuk ke perkarangan surau dengan dengan kenderaan masing masing dikibarkan bendera PKR. Ketua Wanita PKR Pahang, Dasimah Zainuddin yang turut serta dalam program berkenaan difahamkan sedang cuba mencari platform sokongan bagi memudahkan beliau bertanding di salah satu kerusi yang terdapat dalam Parlimen Raub memandangkan beliau merupakan Ketua Cabang Bentong selaras dengan apa yang Wan Azizah umumkan dalam satu majlis di Raub.

Perlu diingatkan kepada rakyat apa yang telah terjadi apabila DAP diberikan peluang mewakili mereka di Parlimen melalui Ariff Sabri yang hingga kini tidak mampu membawa apa apa perubahan ke Raub dan sentiasa menyalahkan kerajaan. Malah dalam musibah yang melanda kebanyakan penduduk Raub ketika banjir, Ariff  dikatakan tidak menampakkan diri dan ada khabar menyatakan beliau tidak tahu jalan ketika mahu menghantar bantuan daripada DAP. Inikah kriteria seorang wakil rakyat yang boleh diharapkan hingga jalan kampung pun tidak tahu apatah lagi mengenali rakyat Raub?

Umno Raub yang diketuai Dato Seri Shahiruddin Moin dan di bantu Dato Aziz Kiram selaku Adun Batu Talam belum lagi mensia siakan sokongan rakyat terhadap kepimpinan mereka apabila sentiasa dekat dengan rakyat di kala musibah melanda. PKR pula yang mencari populariti hanya akan hadir mencari undi dan akan pergi tanpa kenal pengundi jadi siapakah yang rakyat mahukan? Kerajaan negeri Pahang di bawah Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob selama ini prihatin kepada setiap masalah peneroka Felda dan sudah tentu selaku kerajaan, BN akan terus membantu rakyat yang selama ini dipinggirkan pembangkang melalui program program yang di rangka dari masa ke semasa.

Semoga rakyat Pahang membuka mata mereka melihat sendiri sandiwara pembangkang yang hanya mahu menggunakan undi rakyat bagi kepentingan parti mereka dan bukan nasib rakyat yang mahu di bela. Hanya BN yang masih mengekalkan tradisi membela rakyat dan sudah terbukti rakyat Pahang semakin bijak menilai mana permata mana kaca.





Wednesday, 25 January 2017

DAP RAUB HANYA MAIN 'WAYANG' KABURI RAKYAT - BANJIR DI RAUB, MANA ARIFF SABRI HILANG?


BANJIR RAUB - MANA WAKIL DAP RAUB BILA RAKYAT MEMERLUKAN KHIDMAT ARIFF SABRI?


Hujan lebat selama beberapa hari telah mengakibatkan kenaikan air di Pahang meningkat dan menyebabkan kejadian banjir berlaku. Saban tahun Raub turut menerima tempias banjir dan tahun ini kejadian sama berulang lagi. Walau demikian, kejadian banjir kali ini telah di jangka dan pasukan bertanggungjawab bersiap siaga lebih awal agar memudahkan sebarang operasi pemindahan dilakukan.

Umno Raub merupakan antara yang barisan hadapan membantu mangsa banjir yang berlaku di Raub dan bantuan awal diuruskan secara sistematik oleh Umno Raub yang di ketuai oleh Adun Dong, Dato Seri Shahiruddin Moin bersama barisan kepimpinan lain bersama Pegawai Daerah Raub Dato Hamdan Husin yang baru berkhidmat di Raub. Turut serta ialah Dato Ir Azinuddin Rahim, CADO Raub Mahathir, ADO Share, ADO Hilmi bersama Ketua Pemuda Umno Raub.

Malang sekali bagi mangsa banjir kali ini Ahli Parlimen Raub, Dato Ariff Sabri langsung tidak menampakkan muka di kawasan yang terlibat banjir sedangkan kawasan tersebut berada dalam Parlimen Raub yang di wakili DAP. Mengapa DAP sering menganaktirikan kawasan banjir yang rata rata penduduknya Melayu walhal wakil DAP sendiri ialah Melayu? Adakah penduduk Raub yang terlibat bukan menjadi keutamaan Ariff untuk menjenguk dan menghulurkan bantuan? Tahun 2014 semasa kejadian sama berlaku, rungutan dari rakyat mengenai ahli parlimen berkenaan kedengaran dan mereka hairan mengapa Ariff tidak menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat di Raub.

Jika ada birokrasi dari DAP Raub terhadap rakyat maka tidak hairanlah kehadiran DAP di Raub sudah tidak relevan lagi apabila keperluan rakyat pun DAP tidak mampu berikan apatah lagi khidmat seorang wakil rakyat di saat rakyat memerlukan. Berbanding dengan Umno Raub yang sentiasa prihatin dengan musibah yang melanda penduduk Raub, perbezaan ketara antara parti yang memerintah dan pembangkang amat jelas sekali dan akan dijadikan pedoman di masa akan datang agar rakyat memilih mereka yang benar benar memberi khidmat kepada rakyat dan bukan sekadar retorik politik seperti amalan DAP sekarang.

Sejak mengambil alih kerusi Parlimen Raub dari 2013 hingga kini boleh dikatakan Ariff Sabri tidak mampu memberi khidmat cemerlang kepada penduduk serta pengundi Raub seperti yang sering DAP laungkan ketika merayu undi. 'Politik Penipu' yang diamalkan kebanyakan wakil DAP sudah mula kelihatan apabila rakyat di landa musibah seperti banjir apabila hanya BN yang akan tampil terlebih dahulu menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik rakyat.

Mampukah DAP Raub terus menipu rakyat dan pengundi Raub di PRU akan datang dengan rekod khidmat yang boleh dikatakan sebagai gred 'F' ini? Rakyat Raub boleh menilai sendiri keprihatinan BN setiap kali musibah melanda dan di mana pula pembangkang berada apabila rakyat memerlukan.