Thursday, 8 February 2018

DAP AMAL KONSEP 'LOMPAT KATAK' UNTUK PRU14

Selepas memenangi PRU13 Dun Tanah Rata yang dimenangi DAP tidak banyak berlaku perubahan walau berjanji pelbagai perkara namun hingga hari ini segala masalah di Dun N1 diselesaikan oleh Barisan Nasional.

Leong Ngah Ngah nama yang agak besar ketika bertanding di Triang ternyata sangat lemah di Tanah Rata selaku wakil rakyat. Tinjauan penulis ke Tanah Rata bermula dari Blue Valley hingga ke Ringlet dan Lembah Bertam menerima pelbagai reaksi apabila bertanyakan apa sumbangan serta pembaharuan yang di bawa DAP. Penduduk setempat tertanya apa yang DAP buat untuk pengundi selama ini di Tanah Rata. Kewujudan DAP Tanah Rata juga umpama melepaskan batuk di tangga dan jika ada isu pun kisah longkang dan penutup longkang sahaja yang mampu DAP paparkan di laman media sosial.

Seperti mengikut perbuatan Lim Kit Siang yang lari dari kerusi Gelang Patah, Leong Ngah Ngah dikatakan akan lari dari Tanah Rata dan mahu memilih kerusi Parlimen Raub menggantikan Dato Ariff Sabri yang di serang strok. Ariff Sabri calon DAP yang digunakan bagi mem'BODOH'kan pengundi Melayu Raub telah berjaya membawa kemalapan ke Parlimen tersebut sejak 2013 hingga kini. Ura ura Leong Nga Nga berubah kerusi sudah kelihatan apabila beliau mula membuat lawatan ke Hospital Raub dan menyerahkan hadiah kepada pesakit dalam wad. Jika benar Leong Ngah Ngah akan bertanding di kerusi Parlimen Raub maka pengundi N1 Tanah Rata jelas tertipu dengan permainan DAP Cameron Highlands selama ini. Penyokong pembangkang di Cameron Highlands kini sudah boleh memikirkan adakah berbaloi mereka memberi sokongan kepada DAP selama ini jika akhirnya mereka ditinggalkan begitu sahaja?

Jika anda ke Pusat Peranginan Cameron Highlands pasti anda akan terkejut dengan 'Jasa' DAP selama ini bilamana jalanraya rosak di kiri kanan jalan tanpa diperbaiki kerana Adun tidak mempedulikan rintihan pengundi. Mereka berharap kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional bagi membaikpulih kerosakan serta menyelesaikan masalah berbangkit di N1 Tanah Rata.

Siapa lagi DAP harapkan untuk mewakili mereka di Tanah Rata? Mampukah DAP mengekalkan kerusi N1 jika perangai Adun sekarang di pertimbangkan malah perangai 'Lompat Katak' dalam DAP seperti menjadi kebiasaan buat mereka kerana bagi mereka Rakyat dan Pengundi tidak sepenting kuasa. Mereka akan terus menipu rakyat dan pengundi bahawa mereka akan bawa perubahan dan jika tiada apa yang di bawa mereka mula menyalahkan Barisan Nasional pula.

No comments:

Post a Comment