WANITA PKR BAWA GULA GULA PRU14 UNTUK ANAK ANAK OKU DI FELDA - DAP SUDAH BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA KERUSI RAUB
Namun demikian, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan langkah tersebut terelbih dahulu sebelum DAP mulakan dengan siri Jelajah Win Wanita PKR Pusat di Felda Tersang pada 9 Februari 2017. Tindakan PKR ini boleh diibaratkan seperti mahu memberi isyarat kepada DAP Raub, wakil mereka Ariff Sabri sudah tidak lagi mampu untuk bertanding dan kekalkan kerusi tersebut dan selari dengan pengumuman Presiden PKR sendiri yang mahu wakil dari PKR pula mengambil alih kerusi DUN dan Parlimen. Ariff yang tidak menyerlah sebagai wakil Pakatan Harapan di Raub sebenarnya hanya digunakan oleh DAP bagi menembusi kawasan sensitif Melayu seperti Felda dan Penasihat DAP Lim Kit Siang baru sedar akan kuasa mengundi yang terdapat di Felda sekaligus membawa kepada penubuhan Biro Felda DAP baru baru ini.
Dalam program di Felda Tersang 3, ternyata PKR hanya mengeksploitasi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terdiri daripada anak anak peneroka Tersang di PDK Tersang. Wanita PKR yang turun padang ke kawasan penempatan peneroka tersebut membawa sejumlah barangan yang mempunyai logo parti untuk diagihkan kepada 23 orang OKU. Mengapa baru sekarang PKR turun padang selama Pakatan Harapan memegang kerusi Raub? Adakah mereka sudah merasai bahang PRU14 dan kini mula mahu mengumpan peneroka dengan segala bantuan bagi menunjukkan seperti parti itu prihatin kepada OKU yang selama ini tidak dipedulikan oleh PKR dan DAP sendiri.
Rakyat perlu melihat cara PKR ini tidak lebih daripada mencari undi dan mereka pastinya akan tidak dipedulikan seandainya calon PKR memenangi kerusi yang ditandingi. Tidak seperti Barisan nasional melalui Umno yang sentiasa konsisiten dengan bantuan tanpa mengira waktu, PKR sebenarnya terdesak menenpatkan wakil mereka di Raub bagi menunjukkan seolah sokongan rakyat terhadap parti tersebut telah meningkat disebalik hakikat PKR di tolak oleh rakyat Pahang.
Kehadiran rombongan dari PKR Pusat itu juga telah menimbulkan rasa marah jemaah surau Tersang 3 apabila rombongan dengan angkuh merempuh masuk ke perkarangan surau dengan dengan kenderaan masing masing dikibarkan bendera PKR. Ketua Wanita PKR Pahang, Dasimah Zainuddin yang turut serta dalam program berkenaan difahamkan sedang cuba mencari platform sokongan bagi memudahkan beliau bertanding di salah satu kerusi yang terdapat dalam Parlimen Raub memandangkan beliau merupakan Ketua Cabang Bentong selaras dengan apa yang Wan Azizah umumkan dalam satu majlis di Raub.
Perlu diingatkan kepada rakyat apa yang telah terjadi apabila DAP diberikan peluang mewakili mereka di Parlimen melalui Ariff Sabri yang hingga kini tidak mampu membawa apa apa perubahan ke Raub dan sentiasa menyalahkan kerajaan. Malah dalam musibah yang melanda kebanyakan penduduk Raub ketika banjir, Ariff dikatakan tidak menampakkan diri dan ada khabar menyatakan beliau tidak tahu jalan ketika mahu menghantar bantuan daripada DAP. Inikah kriteria seorang wakil rakyat yang boleh diharapkan hingga jalan kampung pun tidak tahu apatah lagi mengenali rakyat Raub?
Umno Raub yang diketuai Dato Seri Shahiruddin Moin dan di bantu Dato Aziz Kiram selaku Adun Batu Talam belum lagi mensia siakan sokongan rakyat terhadap kepimpinan mereka apabila sentiasa dekat dengan rakyat di kala musibah melanda. PKR pula yang mencari populariti hanya akan hadir mencari undi dan akan pergi tanpa kenal pengundi jadi siapakah yang rakyat mahukan? Kerajaan negeri Pahang di bawah Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob selama ini prihatin kepada setiap masalah peneroka Felda dan sudah tentu selaku kerajaan, BN akan terus membantu rakyat yang selama ini dipinggirkan pembangkang melalui program program yang di rangka dari masa ke semasa.
Semoga rakyat Pahang membuka mata mereka melihat sendiri sandiwara pembangkang yang hanya mahu menggunakan undi rakyat bagi kepentingan parti mereka dan bukan nasib rakyat yang mahu di bela. Hanya BN yang masih mengekalkan tradisi membela rakyat dan sudah terbukti rakyat Pahang semakin bijak menilai mana permata mana kaca.
No comments:
Post a Comment