Pergeseran dalaman DAP secara tidak langsung menjejaskan peluang bagi parti tersebut mengembangkan hajat mereka menembusi kawasan Melayu di Pahang terutama Felda sebagaimana di rancang oleh Lim Kit Siang. Dengan penubuhan Unit Parlimen Felda di bawah kendalian Ariff Sabri, Dap cuba membawa seberapa ramai anak muda didikan DAP untuk berceramah serta menghasut generasi Felda membenci kerajaan dan institusi Felda sendiri. Namun hakikatnya DAP hanya bermain dalam lingkungan persepsi sendiri serta propaganda yang tidak mampu bawa sebarang perubahan terhadap pentadbiran negara.
Pertelingkahan dalaman DAP mengenai kerjasama mereka dan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sukar di bendung lagi. Malahan tindakan menerima kemasukan Zaid Ibrahim turut menimbulkan polemik baru bilamana ada yang menentang kemasukan tersebut tetapi terpaksa berdiam diri kerana sikap diktator pemimpin DAP. Akibatnya 4 orang wakil DAP mengambil keputusan meninggalkan parti kerana tidak lagi mampu bertahan dengan sikap "kuku besi" Dinasti Lim yang mahu semua pihak mematuhi apa sahaja keputusan mereka.
Kerjasama yang diimpikan dalam Pakatan Harapan agar pembangkang menerima pembahagian kerusi secara adil dan samarata sudah tentu di tentang oleh ahlu DAP sendiri tetapi mereka tidak berani bersuara memandangkan Lim Kit Siang mahu menggunakan pengaruh Mahathir bagi memecah undi kaum Melayu dan Muhyiddin pula akan digunakan sebagai umpan di Johor bagi menerobos kubu kuat Umno. Semua pihak tahu apa yang berlaku tetapi tidak semua berani bersuara dan mereka terpaksa memendam rasa demi Dinasti Lim dan demi mencapai impian sebenar DAP. Walau kini mereka menggunakan Zairil, Dyana, Rara, Melati terapi ini belum cukup kuat bagi menembusi kawasan Melayu dan Tengku Zulpuri serta Ariff Sabri terpaksa diturunkan bagi mencari titik untuk memperlihatkan masyarakat menerima DAP Melayu walau hakikat sebenarnya berlainan.
Bagi politik Pahang, DAP tidak membawa makna kepada rakyat kerana mereka tidak pernah memberi khidmat untuk membantu rakyat sebagaimana di bantu oleh Barisan Nasional. Sebagai contoh Raub yang di kuasai DAP sejak 2013 bagaikan bandar mati jika tidak dihidupkan oleh Umno bagi melestarikan pembangunannya serta kegiatan sosial penduduk setempat. Malahan Adun Tanah Rata di Parlimen Cameron Highlands sendiri pernah mengakui tidak mampu membantu rakyat di tempatnya tetapi tetap mahu menyalahkan kerajaan pusat demi kepentingan politik parti yang pernah digelarkan Mahathir sebagai RASIS.
Kerjasama pembangkang dalam menghadapi PRU14 pasti akan menemui kegagalan akibat penguasaan Dinasti Lim yang akan berlaga dengan Dinasti Anwar yang turut bertegas mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan merampas Putrajaya. Pihak manakah yang akan mengaut keuntungan dalam kemelut ini? Adakah kemungkinan PAN akan timbul sebagai kuasa dominan Pakatan Harapan?
Dengan keterbukaan penentangan terhadap kepimpinan DAP kini tidak mustahil parti itu bakal terkubur di tangan ahli mereka sendiri yang enggan kehadiran Mahathir di terima dan kerjasama dengan parti lain boleh merencatkan perancangan asal sebagaimana tertulis dalam Deklarasi Setapak. Malah kes melibatkan Guan Eng juga telah membuka mata ramai ahli DAP sendiri laungan 'suci' pemimpin mereka bukanlah jaminan tindakan kepimpinan tertinggi DAP tidak salah di sisi undang undang.
No comments:
Post a Comment