Wednesday, 18 January 2017

JENTERA PILIHANRAYA UMNO RAUB DILANCARKAN - ADNAN MAHU RAKYAT MENILAI KERJA UMNO DAN BN




LANCAR JENTERA PILIHANRAYA UMNO RAUB - ADNAN MAHU SEMUA KOMPONEN BEKERJASAMA BANTU KEMENANGAN 

Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob semalam melancarkan jentera Pilihanraya Umno Parlimen Raub yang disertai oleh seluruh jentera Umno Raub. Sebagai lokasi pertama pelancaran, Adnan menyampaikan amanat yang lebih merupakan nasihat kepada jentera Umno Raub agar sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat tanpa menunggu pembubaran parlimen.


Beliau turut mengingatkan parti komponen BN agar turun padang dan bukannya berharap semua tanggungjawab itu kepada Umno semata mata. Barisan Nasional masih relevan kepada rakyat kerana hanya BN mampu menjaga kebajikan semua kaum dalam Malaysia selain Umno yang menjaga kepentingan kaum Melayu.



"Umno dan Barisan Nasional telah membuktikan kepada rakyat hanya parti ini sahaja yang boleh menjaga semua kepentingan kaum lain sepanjang memerintah" - Adnan Yaakob.



Terdahulu Ketua Umno Bahagian Raub, Dato Seri Shahiruddin Moin dalam ucapan aluannya menyatakan keyakinan Parlimen Raub bakal di rampas semula dari pihak pembangkang yang selama hampir sepenggal tidak melakukan apa apa untuk penduduk setempat. Beliau yang juga Exco Mesyuarat Kerajaan Negeri pahang berkata, sudah tiba masanya parlimen Raub dikembalikan kepada Umno untuk kebaikan bersama. Ahli Parlimen Raub, Dato Ariff Sabri dari DAP yang memenangi kerusi tersebut dalam PRU13 kini semakin di tolak oleh penduduk Raub terutama kaum Cina kerana beliau tidak membawa apa apa perubahan dalam parlimen malah untuk berjumpa beliau merupakan kesukaran bagi orang Raub sendiri. 



"Ariff tidak jaga kita, tak macam BN paling tidak ada juga bawak event mari sini" - Mr Lee (pengundi)



"Susah mau jumpa itu ahli parlimen...dia pun tak mau tengok kita...semua kita mintak Umno sama Datuk Shah tolong sama kita" - Puan Yew (pengundi)



Dalam pada itu Adnan selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pahang turut mengingatkan corak permainan politik pihak lawan yang suka menabur cerita yang tidak benar melalui media sosial dan berharap Umno Bahagian menanganinya dengan berkesan. Sebelum perasmian tersebut Adnan telah menghadiri majlis ramah mesra bersama rakyat Raub di UiTM Raub.



Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob mahu seluruh jentera Umno Pahang menyampaikan segala permasalahan rakyat ke pihak atasan dan mencari jalan menyelesaikan agar rakyat tidak berasa dipinggirkan selepas habis pilihanraya dan kembali mencari pengundi apabila sudah hampir dengan tempoh matang Parlimen. Beliau turut mahu semua Umno Pahang mengubah cara pemikiran yang lama dan bergerak seiring dengan kemjuan teknologi maklumat di hujung jari yang begitu memudahkan seperti pendaftaran pengundi serta penambahan keahlian Umno secara talian internet.



Pada sebelah petang Adnan bersama konvoi turun padang dan beramah mesra dengan penduduk di PPMS (Projek Perumahan Mesra Rakyat) di Kg Lepar, Dong. Turut menyampaikan bantuan kepada penduduk setempat beliau sempat meluangkan masa melawat beberapa penduduk yang tidak sihat dan memberi sedikit bantuan dari kerajaan negeri dan Umno.