Monday, 26 September 2016

Suara Generasi Kedua Felda (SGKF) Bantu Peneroka Selesai Isu - DAP Tidak Perlu Campuri Urusan Peneroka







DAP HANYA MAHU POPULARITI BUKAN BANTU PENEROKA FELDA




Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah cuba mengambil kesempatan dalam isu Felda Jengka 11 dan menjadi 'jaguh' konon membela nasib peneroka tersebut. Adun Mentakab itu yang hanya akan mengambil 'kredit' untuk popular sebenarnya tidak tahu apa yang telah diusahakan oleh sekumpulan anak peneroka untuk membela nasib keseluruhan peneroka Felda di seluruh negara.

'Suara Generasi Ke 2 Felda' (SGKF) merupakan satu kumpulan yang telah mengambil inisiatif berunding dengan pihak Felda untuk mengatasi masalah kelewatan pembayaran serta isu isu yang berkaitan dengan peneroka Felda. Terdiri daripada peneroka dan generasi ke-2 Felda, kumpulan ini cuba merungkaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik. 

Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawap menjaga hal ehwal peneroka juga telah bersetuju untuk mengkaji semua permasalahan yang timbul dan telah menubuhkan satu 'LAB' bagi mencari jalan penyelesaian secara menang-menang. Tidak timbul peneroka di tekan oleh pengurusan Felda berkaitan apa yang dibangkitkan oleh Zulpuri. Beliau yang telah memberi kenyataan kepada Roketkini.com cuba untuk mengelirukan masyarakat Felda bahawa peneroka hanya akan bergantung kepada kerajaan Barisan Nasional.

"Adakah ini satu strategi supaya kaum peneroka terus berharap dan bergantung kepada kerajaan BN sahaja melalui BR1M dan seumpamanya?" - Zulpuri

DAP yang kini sedang cuba mencari pengaruh dalam kawasan Felda ternyata tidak memahami isu serta kaedah yang telah dilakukan oleh pengurusan Felda bagi keselesaan peneroka Felda. Memahami bahawa DAP sekarang sedang bersaing mencari pengaruh di kalangan orang Melayu di Felda, Zulpuri cuba untuk mencipta isu yang sudah di ambil tahu oleh Najib sendiri dan telah diumumkan pada Hari Peneroka di Jengka baru baru ini.

Buat masa ini SGKF masih lagi dalam perbincangan bersama pasukan 'LAB' yang ditubuhkan bagi mengatasi permasalahan peneroka dan tidak perlu bagi ahli politik seperti Zulpuri mencampuri urusan yang dikendalikan oleh anak anak Felda sendiri. Zulpuri tidak kenal baja,racun mahupun duri sawit tetapi mahu menjadi juara untuk peneroka Felda? Ternyata DAP cukup pandai mengambil peluang bagi populariti sendiri dan hanya memandang peneroka sebagai aset untuk mereka meraih undi 5 tahun sekali dan akan ditinggalkan selepas dapat apa yang dikehendaki.


No comments:

Post a Comment