Sunday, 18 September 2016

Pemuda MCA Pahang Kecam Jeff Ooi



KENYATAAN RASMI PEMUDA MCA PAHANG 


Pemuda MCA Pahang menolak sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi di laman Twitter yang menghina pemergian Mursyidul Am PAS Dato Harun Din semasa mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat.


Tindakan Jeff Ooi secara jelas menunjukkan ahli DAP itu tidak menunjukkan rasa hormat dan sikap bertamadun dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kami berpendapat Jeff Ooi sepatutnya menunjukkan sifat 'gentleman' kerana politik tidak memberi beliau kuasa untuk menghina kematian seseorang walau berbeza ideologi.

Saya Eric Choo mewakili seluruh kepimpinan Pemuda MCA Pahang menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato Harun Din dan berharap mereka bersabar dengan pemergian Dato Harun Din.

Pemuda MCA Pahang turut mendesak agar Jeff Ooi tampil dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga serta waris Allahyarham Dato Harun Din atas keceluparan beliau di laman Twitter.

Eric Choo
Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Pahang

Pemimpin DAP cuba cuci parti dari kenyataan Jeff Ooi. 
Baca : SINI












No comments:

Post a Comment