Thursday, 22 September 2016

'Mensyukuri Nikmat Kebersamaan Dan Kebersatuan' -Sambutan Hari Peneroka Ke - 60 Meriah

Dengan tema 'Mensyukuri Nikmat Kebersamaan Dan Kebersatuan' sambutan Hari Peneroka Ke - 60 di Bandar Tun Razak Jengka dimeriahkan dengan kehadiran hampir 15,000 orang peneroka dan warga Felda dari seluruh negara.

Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak akan merasmikan sambutan yang dikhususkan bagi menunjukkan penghargaan kerajaan kepada warga Felda yang selama ini menyokong kerajaan.

Pelbagai anugerah akan disampaikan Najib kepada peneroka sempena Hari Peneroka dan dikatakan ada pengumuman menggembirakan buat warga Felda dari PM.

Peneroka Felda tidak pernah gagal memberi sokongan kepada kerajaan dalam setiap Pilihanraya Umum bertekad akan terus memelihara legasi yang ditinggalkan Tun Abdul Razak ini sebagai warisan bagi generasi akan datang.

Seorang peneroka yang akan menerim anugerah Semai Bakti, Pn Salmah Yahya 83 berkata selama ini kerajaan banyak membantu peneroka. Beliau yang juga merupakan bekas Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Sg Koyan 2 berkata usaha Tun Razak wajar dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat mengenai usaha kerajaan kepada rakyat.

Berkerusi roda tidak menghalang beliau dari berada pada hari yang diadakan untuk warga peneroka Felda, semangat waja beliau amat dikagumi anak muda.

Tema sambutan kali ini juga jelas menunjukkan komitmen kerajaan kepada peneroka Felda yang selama ini banyak membantu pembangunan ekonomi Malaysia.

No comments:

Post a Comment