Thursday 20 October 2016

ADUN DAP TANAH RATA BIADAP - MAHU HALAU SIAPA SEBENARNYA?

Satu poster telah tersebar dalam laman facebook mengaitkan Adun Tanah Rata dari DAP Leong Ngah yang mahu menghalau seluruh ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pulang ke Kelantan. Tidak dapat dipastikan samada benar beliau berkata demikian dalam satu keratan akhbar berbahasa Cina yang tersebar bersama poster berkenaan.

Ngah Ngah yang baru sepenggal menjadi Adun Tanah Rata tidak menunjukkan prestasi memuaskan sebagai wakil rakyat di tanah tinggi Pahang cuba membersihkan imejnya dan menukar haluan serangan terhadap ahli PAS pula selepas mereka di halau dari Pakatan Harapan di peringkat nasional.

Adakah Ngah Ngah menujukan ayat itu kepada keseluruhan ahli PAS Malaysia bagi menunjukkan kebenciannya terhadap parti yang pernah menjadi 'khadam' mereka sepanjang bekerjasama dalam Pakatan Rakyat? Bukankah PAS didominasi oleh kaum Melayu sebahagian besarnya dan ayat Ngah Ngah itu seperti mahu ditujukan kepada kaum Melayu tetapi bersandar kepada PAS bagi menzahirkan sikap rasisme parti sekular sosialis itu.

Jika benar ayat itu digunakan Ngah Ngah, beliau sebenarnya membakar api perkauman yang sangat berbahaya kepada keharmonian kaum dalam Pahang dan Malaysia. Selama ini rakyat tidak mempunyai masalah hidup bersama sama dalam masyarakat majmuk beliau sepatutnya lebih matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Beliau bukan orang baru dalam politik dan kenyataan beliau yang tertera dalam poster perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Tanah Rata yang berada dalam Parlimen Cameron Highlands bukanlah besar mana namun beliau hingga kini belum mampu berbuat apa apa untuk kemajuan DUN tersebut. Bantuan kepada rakyat disalurkan oleh Barisan Nasional serta Ketua Umno Cameron Highlands tidak boleh beliau nafikan kerana DAP memang tidak akan berbuat apa apa melainkan menyalahkan kerajaan dengan pelbagai fitnah.

Leong Ngah Ngah tidak diperlukan dalam DUN Tanah Rata dan wakil DAP tidak diperlukan dalam Pahang. Mereka tidak beri sebarang keselesaan kepada rakyat dan hanya akan mencari kesalahan kerajaan BN Pahang.

Rakyat Pahang perlu bersuara bagi menolak DAP keluar dari Bumi Tok Gajah.

No comments:

Post a Comment