Thursday, 28 July 2016
MENJANA MALAYSIA - Sasar Pengundi Peringkat Akar Umbi Untuk Bantu Kemenangan BN Pada PRU14
"KITA ORANG BIASA, KITA AKAN CUBA BUAT YANG LUAR BIASA"- MENJANA MALAYSIA
Program yang dianjurkan MENJANA MALAYSIA untuk mengenalpasti kelemahan di peringkat akar umbi merupakan satu cara membantu Barisan Nasional dan Umno untuk mengekalkan pemerintahan serta melindungi HAK HAK Kaum Bumiputera selaras dengan Perlembagaan Negara yang termaktub.
Perancangan yang telah diilhamkan oleh Sabari Jusoh ini menerima sambutan yang menggagumkan kerana ramai lagi yang sedar mengenai kepentingan kewujudan satu Ngo untuk membantu Umno mengekalkan penguasaan kuasa memerintah demi kesinambungan Kaum Melayu dan Bumiputera. Usaha beliau di sokong oleh rakan rakan yang insaf akan perjuangan yang perlu diteruskan untuk menjamin peranan pengundi akar umbi memahami isu isu semasa dan pentingnya mengekalkan ststus quo Umno sebagai kuasa terbesar dalam Barisan Nasional.
Golongan sasaran yang ditentukan oleh MENJANA MALAYSIA adalah pengundi yang masih terkeliru dengan propaganda pembangkang yang sentiasa menimbulkan tohmahan memburukkan kerajaan. Menyampaikan kesedaran kepada peserta program mengenai fitnah fitnah yang melanda pentadbiran kerajaan serta menegur kelemahan kerajaan sentiasa menjadi topik utama dalam program MENJANA MALAYSIA, malah perbincangan terbuka antara fasilitator bersama peserta dilakukan dalam suasana harmoni bagi membolehkan pemahaman yang lebih mendalam di perolehi setiap peserta.
Mengekalkan matlamat asal untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum terus diserapkan kepada peserta program dalam setiap sessi dan mereka juga diingatkan mengenai perjuangan asal Umno untuk kaum Melayu dan penguasaan ekonomi untuk kaum Melayu berdaya saing selari dengan pembangunan negara. Peranan besar MENJANA MALAYSIA ini perlu diberikan perhatian oleh pemimpin kerana mereka telah menubuhkan Skuad Elit bagi setiap peringkat bagi mendekati pengundi atas pagar yang adakala keliru apabila di asak dengan fitnah fitnah pembangkang. Skuad Elit inilah yang akan menerangkan perkara yang sebenar kepada pengundi atas pagar seterusnya memberi impak positif kepada imej Umno itu sendiri.
Modul program MENJANA MALAYSIA yang disediakan barisan fasilitator yang berpengalaman dalam dunia politik membangkitkan rasa cinta negara serta memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan setiap dari mereka boleh memainkan peranan penting menjamin kesejahteraan negara dengan cara terbaik. Dengan bantuan dari 'orang lama' politik Malaysia, Sabari Jusoh dan MENJANA MALAYSIA membantu perkembangan positif arena politik Malaysia dan ini memberi impak positif yang ketara dalam kempen PRK Sg Besar di mana peserta yang telah menghadiri program anjuran MENJANA MALAYSIA menerapkan setiap modul yang di perolehi dalam mendekati serta menerangkan pemahaman kepada pengundi berkaitan isu isu semasa.
Setiap program yang dikendalikan MENJANA MALAYSIA pasti meninggalkan impak positif kepada peserta dan inilah matlamat Sabari Jusoh serta tenaga pengajar yang tanpa jemu terus mendekati peserta program walau selepas tamat menghadiri program dan ini merupakan sesuatu yang sangat baik dalam memastikan kelangsungan MENJANA MALAYSIA menyampaikan maklumat kerajaan dengan lebih baik terus kepada pengundi pengundi.
Sesuai dengan motto MENJANA MALAYSIA - "kita orang biasa, kita akan cuba buat yang luarbiasa" - Sabari Jusoh terus meyakinkan peserta untuk kekal kukuh menyokong perjuangan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak serta membantu beliau membawa Malaysia kearah yang lebih baik.
NGO seperti ini seharusnya menjadi contoh terbaik kepada pihak lain yang tidak membantu tetapi bersama dengan pembangkang merosakkan keharmonian Malaysia dan kewujudan MENJANA MALAYSIA perlu menjadi pemangkin kepada Umno dan Barisan Nasional melatih peserta cara mendekati pengundi dengan berkesan dan efektif.
Monday, 25 July 2016
Parlimen P78 Cameron Highlands - Palanivel Sudah Boleh Ucap Selamat Tinggal, Siapa Calon Selepas Beliau?
PALANIVEL SUDAH BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL POLITIK?
Selepas memenangi undian dengan tipis dalam PRU13 di Parlimen Cameron Highlands, mantan Presiden MIC Dato Seri G.Palanivel tidak banyak membawa perubahan dalam landskap kawasan yang diwakilinya.
Dengan hanya majoriti 462 undian dalam pertembungan 5 penjuru itu, Palanivel yang mahu menyelamatkan kedudukannya selaku Presiden MIC ketika itu tidak meyakinkan dengan kemerosotan yang sangat ketara berbanding penyandang sebelum ini.
- Palanivel - BN - 10,506
- M Manogaran - DAP - 10,044
- Mohd Shokri Mahmod - BERJASA - 912
- Alagu Thangarajoo - Bebas - 308
- Kisho Kumar Karthiveloo - Bebas - 101
Perlu diingatkan penyandang sebelum ini, Dato SK Devamany telah memenangi PRU12 dengan majoriti 3,117 sekaligus menunjukkan kemerosotan undian apabila Palanivel mengambil alih tempat sebagai calon. Perbandingan perolehan undian penyandang dengan pengganti ini menunjukkan perbezaan yang amat ketara dari sokongan akar umbi di kedua dua DUN Jelai dan Tanah Rata.
- SK Devamany -BN - 9,164
- Apalasamy - DAP - 6,047
Walau Palanivel telah menjawat jawatan Menteri atas kapasitinya ketika itu sebagai Presiden komponen Barisan Nasional, beliau gagal melaksanakan tugas sebagai ahli parlimen dengan berkesan. Dengan kontroversi yang melanda MI, beliau dilihat hanya menumpukan usaha untuk mempertahankan kedudukannya dan mengabaikan kawasan yang diwakilinya. Beberapa isu tempatan di Cameron Highlands gagal beliau tangani dengan baik selain mengabaikan tuntutan pengundi yang mahu beliau turun padang bersama pengundi. Seperti lazimnya beliau banyak mewakilkan kepada wakilnya bagi menghadiri program dan beliau mengelak diri dari bertandang ke kawasan sendiri. Malah sikap 'Bangsawan' beliau terserlah apabila masyarakat Orang Asli tidak senang dengan sikapnya yang tidak mesra ketika bersama dengan mereka.
Pergeseran dalaman MIC memainkan peranan dalam kegagalan beliau untuk turun padang mendekati pengundi apabila rungutan demi rungutan kedengaran berkaitan ketidakhadiran beliau setiap kali program dianjurkan. Lebih memburukkan keadaan, beliau telah diturunkan dari jawatannya dalam MIC apabila R.O.S mengarahkannya untuk meletak jawatan berikutan perbalahan antara beliau dan S.Subramaniam berlaku. Kewujudan dua kem dalam MIC juga menjadi sebab beliau kurang menumpukan perhatian di Cameron Highlands.
Beliau turut terpalit dengan kontroversi apabila rombakan kabinet dilakukan Perdana Menteri dengan mengambilkira kedudukannya yang tidak lagi menjadi Presiden MIC. Beliau yang pernah dilihat bersama Setiausaha Agung DAP selepas dikeluarkan dari senarai jemaah Menteri mula menimbulkan spekulasi mengenai pendiriannya sebagai Ahli Parlimen BN.
Percaturan BN di Parlimen Cameron Highlands kini perlu dilakukan kerana Palanivel tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk mewakili BN dalam PRU14 kelak. Imej beliau yang sudah semakin suram dalam arus politik negara tidak memungkinkan kemenangan BN jika beliau di pilih sekali lagi sebagai calon P78 Cameron Highlands. Mungkin Pengerusi BN Pahang telah mempunyai senarai calon yang berkelayakan bagi menggantikan Palanivel untuk memastikan kemenangan BN di Pahang tidak terjejas.
Siapakah calon yang paling sesuai untuk dibawakan kepada pengundi P78 Cameron Highlands? Desas desus dari kemahuan pengundi rata rata mahukan mantan Ahli Parlimen dalam PRU12 kembali mewakili Cameron Highlands kerana menyenangi sikapnya yang lebih memahami pengundi selain dari personalitinya yang mesra rakyat. Pernah diselubungi kontroversi sewaktu mewakili Cameron Highlands apabila Pemuda Umno Bahagian Cameron mengadakan piket menolak kepimpinannya satu masa dahulu dan mendapat liputan media cetak hingga merosakkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen.
Namun demikian bagai bidalan Melayu - laut mana yang tidak bergelora- Devamany telah belajar dari kesilapannya dan bersedia kembali bagi melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat di Pahang. Mungkin percaturan MIC yang dikatakan akan mencalonkan Devamany semula bagi merampas kembali majoriti undi dari pembangkang perlu diperhalusi. Kerjasama erat antara DUN dan Parlimen hendaklah ditingkatkan demi kesejahteraan rakyat dan sebarang perbezaan pendapat perlu diketepikan jika mahu memastikan kemenangan milik BN.
Pastinya pucuk pimpinan tertinggi BN mempunyai solusi terbaik untuk diberikan kepada rakyat dan mengelakkan kekalahan dalam PRU14 berlaku. Segalanya akan ditentukan pengundi apabila tiba waktunya dan pasti BN mahu meraih kemenangan. Jika BN Pahang bersedia melakukan transformasi besar kemungkinan rakyat tidak ragu ragu memberi mandat yang lebih besar kepada Barisan Nasional dalam PRU14.
Tuesday, 19 July 2016
Kompromi Kerusi Parlimen, Dun - Pakatan Bakal Berebut Kuasa Bersama Gabungan Mahathir,Siapa Bakal Tersingkir?
SIAPA WAKIL PEMBANGKANG PAHANG YANG BAKAL LOMPAT PARTI?
Pilihanraya Ke13 yang menyaksikan Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) tidak berjaya mengoyahkan kuasa Barisan Nasional Pahang akan sekali lagi di uji apabila PH menerima gabungan terbaru mereka yang di ketuai Tun Mahathir. Isu perebutan kerusi ini bakal membangkitkan huru hara dalam PH yang kini semakin goyang dengan khabar akan ada 'lompat parti' dari kalangan pembangkang yang tidak senang dengan Mahathir.
Menurut sumber dari beberapa ahli pembangkang, mereka enggan memberi ruang untuk Mahathir mencatur kedudukan kerusi yang telah mereka kuasai dan seperti mana yang diketahui, Mahathir akan menggunakan pengaruhnya bagi memujuk beberapa wakil PH agar memberi laluan mudah buat gabungannya nanti.
Mahathir yang mahu membuktikan pengaruhnya masih diperlukan bagi mengimbangi kekuatan Barisan Nasional perlu bekerja keras memenangi kepercayaan Pakatan dan beliau menaruh harapan kepada individu yang setia kepada beliau selepas mengumumkan pengundurannya daripada Umno.
Bagaimanapun, halangan terbesar yang perlu Mahathir lalui ialah menentukan kerusi mana yang akan wakil beliau tandingi dalam Pahang. Pastinya Pekan menjadi salah satu sasaran utama kepada Pakatan untuk menjatuhkan Najib dan perkara ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan. Perbelanjaan besar amat diperlukan Mahathri bagi melaksanakan kehendaknya dan pasti PH tidak akan berbelanja besar semata mata memenuhi tuntutan Mahathir. Mereka juga perlu mengambil kira kerusi yang telah dimenangi dalam PRU13 dalam memastikan kelangsungan Pakatan dalam politik Pahang.
Usaha Mahathir yang hanya lebih hebat di atas kertas mengundang persepsi di kalangan pembangkang dalam Pahang dan mereka tidak mudah menyerah keselesaan yang telah dikecapi selama ini, malah kehadiran Mahathir bersama penyokong yang tidak seberapa mengancam kekuatan PH di Pahang. Mereka dikatakan sanggup untuk tidak memberi laluan kepada gerombolan manusia yang 'gila kuasa' untuk menguasai Pahang dan akan beralih arah jika pucuk pimpinan tertinggi Pakatan mengenepikan mereka demi Mahathir.
Kini terdapat beberapa kemungkinan yang bakal dihadapi oleh Pakatan Harapan di Pahang jika mereka masih mahu meneruskan kerjasama dengan Mahathir. Kehilangan calon yang boleh memberi kemenangan selesa kepada Pakatan pasti akan berlaku dan ini adalah mimpi ngeri kepada wakil pembangkang Pahang.
Selaku salah satu kubu kuat BN, rakyat Pahang pastinya tidak akan menggadaikan keharmonian yang selama ini diberikan BN kepada mereka hanya kerana kegilaan Mahathir. Pengundi yang semakin meluat dengan sikap bermuka muka Mahathir sudah serik dengan fitnah yang dilemparkan tanpa memberi bukti kukuh atas setiap dakwaannya. Malah, wakil BN terus menabur bakti bagi memastikan rakyat Pahang terus mendapat manfaat dari kerajaan dan pembangkang pula sekadar menjadi 'tukang sorak' dan berlagak menjuarai isu sedangkan mereka tidak berusaha untuk menyenangkan rakyat.
Siapa dari kalangan wakil pembangkang Pahang akan berani kehadapan menentang 'mabuk kuasa' Mahathir kelak? Persoalan juga timbul siapakah wakil pembangkang yang dikatakan akan 'melompat parti' jika kehendak mereka tidak dipenuhi pucuk pimpinan Pakatan Harapan? Jika benar dakwaan ada wakil pembangkang bertukar arah maka secara tidak langsung Pakatan Harapan akan dibubarkan dari bumi Pahang.
Rakyat menanti dengan penuh minat siapa dari kalangan mereka yang akan mengorak langkah terlebih dahulu. Keupayaan pembangkang menjalankan amanah yang diberikan tidak mencapai kepuasan rakyat dan mereka hanya berangan untuk terus berkuasa, pastinya Pahang akan menghukum pembangkang dengan mengalahkan Pakatan Harapan dalam PRU14.
Sunday, 17 July 2016
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu Perlu Di Rombak - Peminat Rayu Kembalikan Kegemilangan Skuad Penyu
Rombak Segera PBSNT - Penyokong Tegar Terengganu
Kekalahan kedua selepas rehat panjang liga super dan permulaan persaingan Piala Malaysia telah menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap pasukan bola sepak negeri Terengganu.
Terbaru satu perkongsian yang dimuat naik oleh fan page Gabungan Anak Muda Terengganu (GAMT) dengan menyatakan satu perubahan drastik perlu dilakukan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Katanya, perubahan besar-besaran perlu kerana terlalu banyak campur tangan dalam menguruskan pemain dan jurulatih.
Menurut fan page itu lagi, pengurusan PBSNT kini tidak mempunyai intergriti serta keupayaan dalam memilih pemain dan mengendalikan pasukan sejak berada dibawah presiden sekarang ini.
Maka katanya, pengurusan dan pemain harus dirombak dengan serta merta bagi menghadapi baki saingan liga dan piala Malaysia.
Tambahan pula, dalam saingan piala Malaysia Terengganu akan keluar bertemu Felda United dan jika kalah perlawanan itu maka terkubur sudah saingan tersebut.
Rata-rata peminat setia Terengganu melahirkan rasa hampa dengan pasukan kini.
Terengganu : Setelah melihat dua perlawanan terakhir pasukan Terengganu dalam minggu ini dengan pertambahan taktikal permainan yang dianggap ketinggalan, nyata Terengganu perlu mentansformasi pasukan itu dengan segara.
Pelbagai pandangan dan kritikan yang telah dilempar oleh peminat sukan nombor satu dunia itu telah dikongsikan di laman facebook sejak dari malam tadi.
Nyata pihak Presiden serta pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak mengambil berat akan kebajikan dalaman dan peranannya sebagai badan yang bertanggugjawab untuk menaikkan sukan bola sepak di negeri ini.
Peminat setia skuad sang penyu mahukan perubahan kepimpinan dan juga jurulatih yang tidak langsung meningkatkan mutu permainan pasukan.
ROMBAKAN besar-besaran perlu dilakukan segera keatas pasukan penyu yang mana baki perlawanan musim telah masuk ke pusingan kedua dan Piala Malaysia yang dilihat semakin kabur dengan prestasi yang ditunjukkan.
Ditambah dengan kekalahan yang memalukan dilaman sendiri sehingga di TITIK (1) -(6) oleh Kelantan juga antara faktor jurulatih (Mike Mulvey) perlu direhatkan dan Presiden PBSNT perlu di gantikan dengan segera.
Menurut peminat yang mahu dikenali Mohd Fazli,38, Terengganu mempunyai masalah pemilihan dan meletak pemain disetiap posisi yang sepatutnya.
“Jurulatih Mike tidak mempunyai keupayaan untung membimbing pasukan kerana itu kerana beliau sendiri tidak boleh memahami kehendak permainan pasukan,
” Mike perlu direhatkan bagi menjaga mutu dan status pasukan negeri yang mana sebulum ini telah berjaya menduduki 5 terbaik liga super,
“Tektikal yang digunakan Mike tidak sesuai dengan pemain yang ada dan sepatutnya beliau lebih tahu secara mendalam akan kebolehan pemain-pemain sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Tengku Muhaimin Tengku Jaafar,42, berkata, Terengganu hanya perlu menukarkan jurulatih dan presiden sahaja dan meneruskan bagi baki perlawanan yang ada.
“Sesungguhnya pelaburan kerajaan terhadap sukan itu amat pesar sekali berbanding sukan-sukan yang lain dan pulangannya cukup mengewakan,
“Pemilihan pemain import juga satu pembaziran yang nyata sejak kebelakangan ini dan pemain hadapan Terengganu tidak cukup memberi impak kepada pasukan,
“Kalau dilihat dua perlawanan sebelum puasa baru-baru ini ada sedikit sinar yang boleh diharapkan,” ujurnya.
– TerengganuTimes
Thursday, 14 July 2016
Mahathir Dalang Kehancuran Pakatan Di Pahang - Peralihan Sokongan Bakal Bawa Padah Kepada Pembangkang
Bakal Hancur - Pakatan Pembangkang Terima Padah Bawa Mahathir Dalam Gabungan
Kewujudan gabungan baru dalam Pakatan Harapan semakin membingungkan wakil pembangkang dalam Pahang. Kini mereka yang tersepit antara setia kepada pimpinan tertinggi masing masing mula berkira kira untuk tidak berkompromi dalam soal pembahagian kerusi menghadapi PRU14 kelak.
Dengan sokongan yang tidak menentu dari pengundi Pahang, wakil pembangkang kini beralih arah dengan cuba memenangi hati rakyat kembali setelah tidak mempedulikan mereka selepas PRU13. Keresahan ini sekaligus mengesahkan khabar angin dari bilik gerakan pembangkang di Pahang bahawa pergolakan dalaman sesama mereka semakin meruncing.
Walau ada cubaan menafikan akan berlaku peralihan sokongan dari wakil pembangkang kepada BN, keadaan selepas bekas Mahathir mengumumkan gabungan baru dan pengambil alihan kuasa dari Ketua Pakatan Harapan amat mencabar bagi wakil pembangkang dalam Pahang. Selain cuba mengekalkan kedudukan mereka kini terhimpit dengan permintaan dari 'Team Mahathir' untuk memberi laluan kepada bakal calon dari pilihan bekas Perdana Menteri itu sendiri.
Sudah pasti wakil pembangkang sedia ada tidak akan memberi laluan mudah setelah mereka berusaha memenangi kerusi DUN dan Parlimen menentang BN dan ini akan menjadi konflik paling besar dalam karier mereka samada mahu terus bersama Pakatan Harapan ataupun beralih arah bagi memastikan kerusi mereka tidak tergugat.
Sokongan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak yang semakin kuat juga merupakan 'bencana' buat wakil pembangkang. Percaya bahawa Najib sukar ditewaskan membuat wakil pembangkang Pahang sudah berkira kira meninggalkan Pakatan harapan secara senyap senyap dan ini merupakan 'turn over' terbesar yang bakal mereka lakukan demi kelangsungan politik masing masing.
Mahathir yang kini dikatakan menerajui Pakatan Harapan pula hanya menimbulkan masalah bagi pembangkang yang hanya mahu menggunakan pengaruh bekas PM itu dan bukannya menjadi orang suruhan seperti semasa beliau berkuasa. Tidak dapat mereka nafikan kehadiran Mahathir hanyalah sebagai penarik sokongan dan sesekali tidak akan mendapat tempat di kalangan Pakatan selaku Ketua. Merka yang lebih mentaati Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang sudah tidak lagi mempercayai DAP yang di lihat mahu menguasai apa sahaja keputusan rasmi Pakatan.
Rakyat Pahang yang tidak senang dengan perkembangan ini sudah mula mencongak untuk menguburkan Pakatan di Pahang dengan memberi kemenangan besar kepada BN kelak seperti pengundi Kuala Kangsar dan Sg Besar lakukan.
Secara tidak rasmi Pakatan akan tidak lagi mempunyai wakil di Pahang dan ini bakal menjadi tamparan hebat kepada Mahathir yang ternyata hanya mahu berkuasa dan mencatur pergerakan politik pembangkang.
Subscribe to:
Posts (Atom)