Wednesday, 25 November 2015

Pahang Teguh Bersama Presiden Parti - Sharkar



Kuantan
25 November 2015

Exco Pelancongan Negeri Pahang Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin berharap, liputan media untuk Perhimpunan Agung Umno 2015 di benarkan seperti biasa. Beliau menyatakan demikian semasa di hubungi berikutan kenyataan Setiausaha Agung Umno Dato Seri Tengku Adnan Mansor yang di putar belit oleh media pro pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga kekangan akan berlaku jika PAU di adakan secara tertutup. Setiap tahun setiap bahagian akan membawa perwakilan dan ahli ahli Umno dari Bahagian masing masing untuk memeriahkan perhimpunan terbesar ahli Umno seluruh negara. Ahli Umno yang menghadiri acara tersebut sememangnya tertunggu tunggu ucapan serta amanat dari Presiden Umno selain dari ucapan ketua ketua sayap parti dan perwakilan yang mewakili mereka.

Dato Sri Mohd Sharkar yang juga Adun Lanchang berharap agar perhimpunan kali ini akan menjadi medan terbaik untuk memulihkan kekuatan Umno dalam menghadapi cabaran pilihanraya negeri di Sarawak. Walau Umno tidak mempunyai wakil di Sarawak namun atas dasar kerjasama yang terjalin dalam Barisan Nasional, Umno tentunya akan menyokong untuk kemenangan BN dalam PRN Sarawak.

Tengku Adnan hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa liputan untuk PAU2015 berjalan seperi biasa. Walau bagaimanapun ada media tertentu yang tidak akan di benarkan masuk untuk membuat liputan bagi mengelak sebarang salah faham. (rujukan - http://www.bhplus.com.my/node/100110 - )
.

Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin juga menyatakan sokongan penuh Umno Pahang kepada kepimpinan Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.





Pahang Buat Persediaan Awal Hadapi Banjir.

Kerajaan Negeri Pahang Siap Siaga Menghadapi Banjir.


Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah awal menghadapi musibah yang melanda negeri ini pada tahun lepas. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Seri Muhammad Safian Ismail berkata, walau di ramal tidak seburuk tahun lepas namun kerajaan negeri enggan mengambil risiko.

Langkah awal mempersiapkan semua agensi dalam menghadapi banjir pada tahun ini lebih teratur dengan memastikan bekalan makanan setiap kawasan berisiko cukup untuk menampung mangsa yang di tempatkan di pusat pemindahan.

Antara tindakan yang akan di ambil dalam peraancangan musim banjir adalah
  • pusat kawalan banjir yang di letak berasingan dari pejbat polis daerah dan negeri
  • menambah pengkalan pemindahan dari 80 ke 101 
  • menambah pusat pemindahan dari 627 ke 653 yang mampu menempatkan seramai 153,000 mangsa banjir
Segala bekalan telah di letakkan di pengkalan hadapan dan di jangka ianya mencukupi. Selain itu tarikh luput setiap bahan makanan dalam tin serta bungkusan di periksa secara berkala.

Taklimat khas juga telah di beri kepada wakil rakyat dan ahli politik untuk mereka memahami prosedur perpindahan jika keadaan memerlukan.

Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ) juga memantau longkang serta sungai dalam usaha memastikan ia tidak tersumbat.

Sudah Sampai Masa Malaysiakini Diharamkan



Seakan tidak serik, Malaysiakini tanpa rasa bersalah telah memutar belit petikan ucapan Ahli Majlis Tertingi (MT) Dato Aziz Kaprawi dalam satu perjumpaan 4 Peringkat Bahagian UMNO Bayan Baru Pulau Pinang. Dalam ucapannya beliau menyebut “tindakan timbalan presiden parti dilihat tidak seiring dengan pucuk pimpinan dan ini sangat membimbangkan, kita tidak mahu ada duri dalam daging”.

Malaysiakini dalam entri pada 23 November 2015 menyatakan Aziz mengakui wujud usaha menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Persidangan Agung Umno yang di jangka akan berlangsung pada 8 November 2015. Namun demikian kenyataan itu di sangkal oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Baca lagi di : http://www.bicara.news/




60% Vape Perisa Nikotin Di Pahang



Hampir 60 peratus perisa vape atau rokok elektronik yang dijual di pelbagai premis di negeri Pahang dikesan mengandungi nikotin yang melanggar undang-undang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata bagi membanteras penyalahgunaan itu, pihaknya menjalankan serbuan bagi memeriksa secara khusus kandungan perisa vape yang dijual bagi memastikan ia mengikut peraturan.

“Kita sudah menghantar sampel kandungan vape dari seluruh negeri ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan lebih tepat dan keputusannya bakal diketahui dalam masa terdekat iaitu awal bulan depan.

“Peniaga yang menjual perisa vape mengandungi nikotin akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Racun 1952. Ini kerana tiada satu nikotin dalam perisa vape yang dilesenkan Kementerian Kesihatan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri

Baca seterusnya 

                          /http://www.bicara.news/

Nurul Izzah Langgar Sumpah Taat Setia Kepada Negara, Berhadapan Hukuman Berat

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bakal dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana pertemuan yang dirancang dengan Jacel Kiram, anak kepada ketua pengganas Sulu Jamalul Kiram III.

Usul untuk mengheret Nurul Izzah dimuatkan Kertas Aturan Mesyuarat Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR itu mungkin menghadapi nasib yang sama seperti yang berlaku ke atas Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang telah digantung kerana didakwa menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata, tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) dan 80 itu juga diambil berikutan kegagalan Nurul Izzah menjawab soalan yang jelas mengenai pertemuannya dengan anak ketua pengganas yang membunuh anggota keselamatan negara.

“Bahawa sebagaimana yang dilaporkan di laman media sosial dan gambar yang dimuat naik oleh Jacel Kiram pada 9 November, Yang Berhormat Lembah Pantai telah menghadiri pertemuan bersama dengan Jacel Kiram yang merupakan anak Jamalul Kiram III.

Baca seterusnya  :  http://www.bicara.news/

Monday, 23 November 2015

Izzah Tidak Simpati Pada Keluarga Mangsa Pengganas Sulu

Kuala Lumpur 
23 November
2015

Pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bersama waris Ketua Pengganas Sulu Jamalul Kiram lll- Jacel Kiram lll membangkitkan kemarahan rakyat tempatan di Sabah.

Beliau akan di panggil oleh PDRM untuk di siasat tujuan pertemuan itu. Jacel menaik muat 4 keping foto di media sosial menunjukkan sokongan kepada kempen embebasan Anwar yang di kenakan hukuman penjara.

Selanjutnya klik : http://www.bicara.news/nurul-izzah-tidak-peduli-perasaan-ahli-keluarga-syuhada-lahad-datu-anwar-lagi-penting/

Sunday, 22 November 2015

Tak Perlu Siasat : Izzah Mohon Maaf Mencukupi.

Kuala Lumpur
22 November 2015


Nurul Izzah yang di kecam kerana bergambar dengan Jacel Kiram lll baru baru ini menafikan pertemuan itu membincangkan strategi menawan Sabah.

Namun begitu Izzah telah mengguris hati rakyat Malaysia dengan foto foto terbabit yang memaparkan desakan untuk pembebasan Anwar. Malay Mail Online pula melaporkan, Izzah memohon maaf kerana gambar itu.

Apa pula kata PDRM? Cukup dengan memohon maaf.

Klik link untuk mengetahui selanjutnya.

http://www.bicara.news/tidak-perlu-siasat-nurul-izzah-sudah-minta-maaf/

Friday, 20 November 2015

Sekolah Agama Mampu Bersaing Dalam Pahang.

Majlis makan malam Gala Dinner "Night of Thousand Dinner" SMA Kota Gelanggi 3 (SABK) telah diadakan pada 19 November 2015 (Khamis) di Felda Residence Tekam. Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Mohd Mustafa Saaban, Pengetua SMA Kota Gelanggi 3.

Majlis bertujuan meraikan tamatnya sesi persekolahan 2015, penyampaian sijil-sijil kepada pengawas-pengawas sekolah dan cenderahati buat guru-guru.

SMA Kota Gelanggi 3 diasaskan pada tahun 1991 hasil permuafakan penduduk Felda Kota Gelanggi 3 dan Felda Kota Gelanggi 1. Bermula dengan sebuah bangunan asas separa batu, pengajian di SMA Kota Gelanggi 3 pada mulanya
menggunakan pengenalan sebagai SMA Rakyat An-Nizzommiah Al-Islamiah. Pada tahun 1994, ianya didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Pada tahun 2007, SMA Kota Gelanggi 3 telah menjalankan usaha untuk menjalinkan
kerjasama persefahaman dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran
Malaysia. kerjasama ini akan membolehkan SMA Kota Gelanggi 3 meneruskan usaha menjadi sebuah institusi pendidikan agama di Felda dengan Lebih terurus dan terunggul.
Pada tahun 2009, SMA Kota Gelanggi 03, dengan rasminya mendaftar sebagai Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas SMA Kota Gelanggi 3 didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) banyak manfaat diterima oleh pelajar dan guru, dan perubahan itu meningkatkan kredibiliti kerajaan negeri.

Kredibiliti kerajaan negeri akan dilihat lebih tinggi kerana kita berusaha meletakkan SMA Kota Gelanggi 3 ke tahap yang lebih cemerlang.

Melalui SABK membolehkan kerajaan persekutuan memberikan bantuan dan sumbangan yang lebih baik meliputi perjawatan, perkhidmatan, kewangan, kurikulum dan ko-kurikulum.

Pelajar berpeluang menyertai aktiviti ko-kurikulum di semua peringkat. Markah ko-kurikulum diperlukan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Jawatan guru dan kakitangan secara kekal dan diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan serta berpeluang menikmati kemudahan dan kelayakan seperti sekolah arus perdana.

Semoga SMA Kota Gelanggi 3 terus cemerlang dan melahirkan modal-modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Wednesday, 18 November 2015

TARIF AIR JADI MODAL POLITIK ADUN TANAH RATA.

Cameron Highlands

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Tanah Rata Encik Leong Ngah Ngah yang menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang menaikkan tarif air yang di kenakan kepada pengguna amatlah di kesali. Beliau menyatakan cara kerajaan P.Pinang di  bawah pentadbiran Dap adalah untuk mendidik rakyat berjimat cermat dalam penggunaan air domestik.

Kerajaan Dap di P.Pinang pula mengenakan kadar surcaj hingga bermula 1 April 2015 setinggi 16.7%. Alasan faktor kemarau dan peningkatan penggunaan air oleh isi rumah di P.Pinang sebenarnya hanyalah menutup kelemahan pengurusan kerajaan Dap.

Kenyataan Leong Ngah Ngah yang memuji kerajaan P.Pinang hanyalah kerana akur dengan pimpinan Dap Pusat.Walau beliau tahu PAIP menguruskan air secara lebih baik namun beliau tetap menafikannya.

 Sejak mewakili DUN tersebut selepas PRU13, Leong tidak membawa apa apa kemajuan di tempat yang di wakilinya. Kebanyakan kemajuan yang ada di Tanah Rata adalah hasil kerajaan negeri yang di terajui oleh Barisan Nasional.

Kebanyakan pekebun di Cameron Highlands adalah pelanggan PAIP yang memang memerlukan penggunaan air yang banyak untuk tanaman mereka. Tidak menjadi masalah buat pekebun di tanah tinggi itu mengikut tarif penggunaan air yang di tetapkan oleh PAIP. Jadi Leong sebenarnya hanyalah bermain politik untuk mengaburi penduduk tempatan dalam membezakan tarif air antara Pahang dan Pulau Pinang.

Tarif air di Pahang yang di urus oleh Pengursan Air Pahang (PAIP) adalah seperti berikut:-

Kod Tarif
Kategori
Bayaran Minimum Sebulan (RM)
Kadar Bayaran setiap m3 (RM)
A
Rumah tangga
 3.00
0 – 18 m3
0.37
19 – 45 m3
0.79
Melebihi 45 m3
0.99
C
Perdagangan
20.00
1.45

MAZLAN ALIMAN KALAH SAMAN LAGI.

Kuala Lumpur
18 November 2015

Yb Anuar Manap hari ini memenangi saman yang di tuntut oleh Mazlan Aliman ke atasnya dengan kos. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Menara Felda selepas menyaksikan perjanjian persefahaman ( MoU ) antara Koperasi Majlis Belia Felda dan Microclear Sdn Bhd. Perjanjian itu menyaksikan Koperasi Majlis Belia Felda bersetuju menjadi pengedar produk cucicn biodegreaser pelbagai jenis di bawah jenama D'Belda.

Kontrak selama setahun ini mensasarkan Microclear Sdn Bhd membekalkan produk tersebut sebanyak 100,000 liter sebulan dengan pulangan sebanyak Rm2 Juta dan di jangka menjana hasil sebanyak Rm24 juta setahun dengan anggaran 1,2000,000 liter.

Teknologi hijau ini adalah dari sumber boleh di perbaharu dan bebas kimia berbahaya. Ianya adalah inovasi berasaskan mikoroorganisma dan 'biodegreaser' (asas tumbuhan) yang berjaya di hasilkan bagi kegunaan industri besar berkaitan minyak sawit,minyak dan gas automotif,perhotelan serta di rumah. Produk ini turut menerima pengesahan dan pengiktirafan dari SIRIM dan Standards Malaysia.

Sementara itu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad ketika di tanya mengenai penurunan harga minyak sawit yang menjadi rungutan peneroka pula menyatakan harga minyak sawit di pengaruhi oleh permintaan dunia. Mengenai trend penururnan harga komodidti tersebut, Tan Sri Isa positif bahawa harga minyak sawit akan kembali stabil bila permintaan meningkat kembali.

Mengenai saman yang di tuntut oleh Mazlan Aliman, Anuar berkata Mazlan melanggar perjanjian yang telah di persetujui oleh kedua dua pihak sebelum ini. Apabila perjanjian di langgar oleh Mazlan yang menyaman sebanyak Rm50 ribu yang di tuntut dari Anuar Manap, beliau bertegas enggan membayar jumlah tersebut kepada Mazlan.

Mazlan yang juga Pengerusi Anak telah kalah dalam beberapa siri saman sebelum ini. Beliau yang juga ahli Pas kerap mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atas Felda.

Monday, 16 November 2015

SUPOL TIDAK SEHALUAN DENGAN KENYATAAN MB.

Kuantan
16 November 
2015

Satu kenyataan dari seorang setiausaha politik Menteri Besar di dalam entri facebook amat mengecewakan.

Beliau secara terbuka menunjukkan satu kelemahan beliau dalam memahami politik. Apa yang beliau tidak tahu setiap kenyataannya mencerminkan pemikiran politik Menteri Besar.

Shamsuddin Nawawi mempertikaikan tindakan serta kenyataan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam isu yang di bangkitkan oleh pihak pembangkang.

Tindakan biadap serta tidak cerdik ini seperti menyuarakan bahawa beliau tidak lagi akan mempertahankan Presiden Umno yang kebetulan dari Pahang.

Apakah tindakan beliau mencerminkan Pimpinan Pahang semuanya?
Di mana letaknya maruah beliau selaku Supol MB dalam menjaga kepentingan politik MB.

Atau ada arahan untuk beliau mengeluarkan kenyataan itu? Pendirian MB Pahang jelas menunjukkan bahawa Pahang teguh bersama PM, namun Shamsuddin sebaliknya.

Mungkin Shamsuddin ada jawapan sebenar atas tindakan beliau.

Wednesday, 11 November 2015

Tragedi Tanah Runtuh Karak.

Bentong
10 November
2015

Satu kejadian tanah runtuh dan banjir kilat telah berlaku di Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur di kilometer 53 petang.

Di fahamkan terdapat kenderaan yang tertimbus dalam kejadian itu. Kejadian berlaku dalam hujan lebat. Beberapa keping gambar kejadian telah di terima dari saksi di tempat kejadian.

Pihak MTD telah berusaha membersihkan tempat kejadian banjir kilat serta tanah runtuh itu.

Pengguna lebuh raya di minta agar berhati hati melalui jalan terbabit.


Sunday, 8 November 2015

2017 TAHUN MELAWAT PAHANG,PESONA PAHANG BAKAL GAMIT PELANCONG - SHARKAR

Temerloh

8November 2015

Exco Pelancongan Negeri Pahang, Dato Sri Mohd Sharkar Shamsuddin menyatakan Tahun Melawat Pahang 2017 akan di beri promosi besar besaran mulai tahun hadapan. Ianya akan berlangsung sepanjang tahun 2016.

Menurut beliau Pahang di kenali seluruh dunia hasil promosi berterusan kerajaan negeri. Malah Sharkar juga menyatakan pelancong yang pernah menjejakkan kaki di Pahang pastinya akan kembali untuk menikmati suasana tenang di Pahang.

Dengan hasil dari sektor tersebut yang bernilai lebih Rm6.5billion setahun, Pahang antara negeri yang menerima ramai pelancong. Walau memfokuskan kepada pelancong domestik, pelancong dari luar negara tidak di lupakan menurut Sharkar lagi.

Dengan kepelbagaian tarikan pelancongan, Pahang bakal menarik pelancong dari Singapura,China serta Eropah. Antara tarikan menarik dalam Pahang,Genting Highland menduduki ranking tertinggi dari jumlah kehadiran pelancong. Ekosistem yang masih terpelihara dalam negeri Pahang juga merupakan tarikan yang terbaik buat pelancong dari Eropah.

Mengulas tentang mengekalkan alam semulajadi, Sharkar juga menyatakan adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mengekalkan ia sebaik mungkin. Setiap pembangunan yang bakal di buat akan di minimunkan impak kepada alam sekitar.

Pahang juga tidak kurang dengan budaya serta juadah yang menarik untuk di perkenalkan kepada pelancong samada dalam atau luar negeri. Kemudahan serta khidmat dalam sektor pelancongan turut di pertingkatkan dari masa ke semasa.

Dato Sri Mohd Sharkar berkata demikian semasa di temui di majlis penyampaian hadiah pertandingan Bowling yang di anjurkan oleh Persatuan Bowling Daerah Temerloh bertempat di Star Mall Mentakab.

Ketika di tanya mengenai isu vape, Sharkar berkata ianya bukanlah isu besar yang perlu di gembar gemburkan oleh media sosial. Mengulas isu tersebut, Sharkar meminta semua pihak mengikut keputusan yang di keluarkan oleh kabinet.

Monday, 2 November 2015

HANYA BONEKA DAP, ZULPURI KALAH MEREBUT PENGERUSI DAP PAHANG.

Pahang
2015

Adun Dap Mentakab, Tengku Zulpuri tewas dalam pemilihan untuk negeri Pahang baru baru ini.

Bermodalkan ugutan yang di terimanya sebagai bekal kempen,ternyata ianya bukan jaminan kemenangan. Tewas di tangan Adun Tanah Rata, Zulpuri hanya memdapat 109 undi sahaja.

Kekalahan ini satu pengajaran untuk kaum Melayu yang menyertai parti tersebut. Jelas parti Dap sebenarnya tidak memerlukan undi dari kaum Melayu untuk menawan Pahang dari Barisan Nasional.

Hanya sempat menduduki tempat sebagai pengerusi Dap Pahang selama 2 tahun, Zulpuri lupa bahawa beliau dan Ariff Sabri hanyalah platform Dap untuk meraih undi dari kaum Melayu Pahang.

Ternyata selepas berjaya membolosi Pahang, Dap tidak memerlukan khidmat mereka di dalam jawatan tertinggi peringkat negeri. Zulpuri pula baru baru ini menimbulkan kontroversi dengan melibatkan Mufti Pahang.

Rakyat Pahang perlu sedar Dap hanya mahukan kuasa, bukan memperjuangkan dan membela rakyat. Perbezaan ketara antara dua parti kini semakin jelas. 

Mengekalkan Zulpuri dan Ariff Sabri dengan jawatan lantikan dalam kepimpinan Dap Pahang, hanyalah sebagai mengambil hati kaum Melayu.

Jika di lihat secara lebih mendalam, Dap sememangnya mahu berkuasa di dalam Pahang. Hasil negeri yang agak lumayan menjadi idaman untuk Dap. Bila di lihat setiap Dun dan Parlimen yang di wakili Dap, perbezaan amat ketara dari pelbagai sudut. Pembangunan dan kemajuan pastinya perlahan kerana Adun dan ahli Parlimen dari Dap hanya mementingkan diri dan bukan rakyat yang di wakili.

Rakyat negeri Pahang perlu menolak Dap dari menguasai Dewan Undangan Negeri Pahang pada Pilihanraya akan datang.