Sessi Bajet 2018 Dewan Undangan Negeri Pahang panas apabila berlaku pertikaman lidah antara Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob dan Tengku Zulpuri yang mewakili DAP. Pertikaman itu dipercayai kerana Zulpuri yang juga Adun Mentakab dengan angkuh menyatakan hujan masih turun dengan lebat dan banjir tetap berlaku di Pahang walau tiada pesta arak berlangsung di Pahang.
Adnan yang berang dengan kenyataan mempermainkan kuasa Allah telah bertanya kepada Zulpuri siapa yang tentukan kuasa alam yang terjadi di Pahang namun beliau hanya mendiamkan diri. Menteri Besar kemudiannya bertanyakan lagi adakah Zulpuri seorang Islam yang wajib percaya kepada Qada dan Qadar namun masih tidak di jawap oleh Adun DAP itu.
Pertikaman lidah yang terjadi di antara kedua mereka memaksa Adnan mengajak Zulpuri keluar dewan bagi menenangkan keadaan tegang akibat perbalahan tersebut. Difahamkan Menteri Besar tidak mengeluarkan sebarang bentuk ancaman bertumbuk atau mencabar Zulpuri di luar dewan namun ada pihak yang telah memanipulasi keadaan panas tersebut dan mentafsirkan pelawaan Adnan kepada Zulpuri sebagai 'Mencari Gaduh'. Sepertimana yang difahami setiap kenyataan dalam Dewan mempunyai imuniti dan kenyataan Zulpuri boleh di buat di luar dewan itu pun jika beliau cukup berani.
Zulpuri yang dikenali sebagai individu yang mahu menyaman Mufti Besar Pahang satu ketika dahulu boleh diibaratkan sebagai seorang yang berpegang kepada idealisme 'Liberal'. Beliau yang berang apabila Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan DAP sebagai Rasis perlu memahami apa itu takdir dan kuasa alam semulajadi. Apakah sepanjang beliau menjadi ADUN Mentakab hujan tidak menimpa kediamannya walau tiada pesta arak dilakukan di rumahnya? Jika fikir logik akal kenyataan di dalam dewan semestinya rumah beliau tidak dibasahi hujan bukan? Adakah Zulpuri mahu menyalahkan Tuhan atas banjir besar yang berlaku di Pahang?
Pautan isu mahu saman Mufti Pahang : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/isu-khutbah-aidiladha-dap-jumpa-mufti-1.436514
Beliau yang boleh dianggap sebagai 'macai' DAP sebenarnya cuba membela Lim Guan Eng yang gagal sebagai Ketua Menteri P.Pinang dalam menangani masalah banjir terburuk dalam sejarah pulau tersebut dengan cuba mengaitkan ketiadaan pesta arak di Pahang tetapi hujan dan banjir tetap berlaku. Namun begitu beliau tidak peka bahawa kerajaan negeri di bawah Adnan Yaakob cukup prihatin dengan setiap laporan Jabatan Meteorologi dan menyediakan kelengkapan mencukupi sekiranya berlaku musibah banjir. Malah setiap agensi dalam Pahang sentiasa siap sedia setiap kali hujan turun dengan kadar luar biasa. Ini kelebihan kerajaan yang prihatin dengan rakyat berbanding di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP dan kegagalan persediaan banjir memang dipertanggungjawapkan atas bahu Lim Guan Eng. Mengapa Zulpuri tidak boleh menerima hakikat DAP hanya pandai 'menyalak' dari membantu? Adakah sudah ada tanda tanda DAP bakal lenyap dari Pahang dan beliau khuatir beliau turut tenggelam dalam 'Banjir PRU' kelak jadi bagi menampakkan beliau 'Buat Kerja' di mata pemimpin DAP maka beliau mempersoalkan kejadian banjir di Pahang?
Sudah sudahlah Zulpuri..anda tidak layak dalam CEC DAP malah rakyat Pahang sudah memberi isyarat jelas menolak kehadiran Adun dan Ahli Parlimen dari DAP.
Yang jelas pihak Pembangkang sudah tidak ada modal lantas membuat fitnah. Tidak ada pun perkataan 'bertumbuk' keluar dari mulut MB. MB cuma mengulangi pendirian yang dibuat semalam mengenai buruk baik datangnya dari Allah seperti maksud firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 78.
Titanium Rainbow Quartz - Casino games - TITIAN ARENA
ReplyDeletePlay Casino ford escape titanium for sale games for titanium camping cookware real titanium cross necklace money with TITIAN ARENA Casino. Get your bonus now! Join titanium flask TITIAN joico titanium ARENA Casino today.