Suhu panas perebutan kerusi P078 Cameron Highlands semakin menarik dengan perkembangan terbaru yang sedang berlegar. Kali ini bukan hanya antara komponen BN tetapi sudah ada 'percaturan' tertentu bagi memastikan BN kalah kerusi tersebut.
Ada ura ura seorang calon sedang disediakan untuk bertanding menggunakan lambang lawan tetapi sebenarnya lebih merupakan strategi bagi memastikan calon BN tidak memperolehi kemenangan kecuali calon tertentu yang bertanding. Memandangkan kerusi CH terdapat 64% pengundi Melayu, sentimen bangsa akan digunakan untuk menawan kerusi itu melainkan jika pucuk pimpinan mengikut kehendak seseorang yang sedang ghairah mencatur kedudukannya.
Calon tersebut hanya memerlukan 40% sokongan pengundi Melayu bagi memperolehi majoriti sekaligus merampas kerusi tersebut dari BN. Bagi melancarkan perancangan tersebut dikatakan 2 nama sedang dipertimbangkan untuk percaturan ini. Masih belum dapat dipastikan siapakah di antara 2 nama ini yang sudah ada 'pertemuan sulit' dengan pencatur yang masih menyorokkan identitinya dan dipercayai hanya akan muncul di saat akhir sebagai 'Hero Penyelamat' kerusi Cameron Highlands.
Mengapa ini boleh terjadi dalam kedinginan suhu Cameron Highlands yang terkenal dengan kawasan tarikan pelancong domestik dan luar? Antara sebab yang dipercayai menjadi faktor ini ialah keengganan pihak tertentu memberi kerusi tersebut kepada pihak tertentu yang mahu mereka diberikan peluang bertanding. Permainan 'Play Safe' ini dilihat sebagai strategi paling ampuh bagi menyakinkan pihak tertentu untuk menawarkan kerusi tersebut tanpa perlu 'keluar peluh'.
Perumpamaan Melayu ada menyebut - Umpama Durian dan Timun, menggolek timun kena, di golek pun timun kena juga - dan ini sedang terjadi tanpa sedar implikasi yang boleh menyebabkan kehilangan kerusi tersebut. Pada hemat penulis strategi ini sangat ketinggalan zaman kerana percaturan ini sangat mudah dikenali apabila rundingan bagi memastikan calon 'pakat pakat' dan calon lain menarik diri saat akhir sebelum tempoh bantahan pencalonan berlangsung. Selaku pemerhati politik, penulis hanya boleh memerhati dan penulis hanya ada 1 kertas undi bagi DUN dan 1 kertas undi bagi Parlimen, walau menang dengan majoriti 1 undi tetap menang dan boleh kalah walau dengan 1 undi.
No comments:
Post a Comment