Wednesday, 25 October 2017

CAMERON HIGHLANDS PERLU ANJAKAN PRADIGMA KEKALKAN KERUSI BN

Mengulas komen Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Zahid Hamidi mengenai perebutan kerusi di P078 Cameron Highlands perlu di lihat dari sudut semangat Barisan Nasional yang saling menghormati dan akur dengan keputusan Pengerusi BN memilih calon yang berkaliber.

Baca : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/25/jangan-pertikai-calon-cameron-highlands-zahid-beritahu-parti-bn/

Kepentingan pengundi perlu diutamakan oleh komponen dan bukannya bertelagah menyatakan siapa 'pemilik' kerusi tersebut. Selepas Palanivel di pecat dari MIC pada 2015, kebajikan pengundi kelihatan agak terganggu. Hanya selepas Jun 2017 barulah MIC menghantar seorang penyelaras mewakili parti tersebut namun dengan jangkamasa yang singkat banyak kerja sepatutnya tertangguh. Mengapa bila PRU semakin menghampiri barulah mereka menonjol diri dan bukannya selepas pemecatan Palainivel?

Rata rata pengundi yang kecewa selepas memberikan undi kepada Palanivel sudah mula berbisik siapa bakal menjaga kebajikan mereka selepas PRU14 jika perebutan kerusi masih belum selesai? Umno yang cuba memancing kerusi CH perlu melihat konteks lebih luas sebelum menyatakan keyakinan mampu memenangi kerusi tersebut. Perlu diingatkan dalam pilihanraya parti tidak bertanding atas tiket sendiri melainkan tiket Barisan Nasional dan segala sokongan dari komponen sangat berharga.

Inilah yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi dari 2 Dun yang berada dalam Parlimen Cameron Highlands. Mereka pastinya akan memberi undi kepada BN sekiranya bakal calon BN mampu menjaga kembali kebajikan serta sikap rendah hati, rendah diri serta mampu bergaul dengan masyarakat tanpa protokol dan jurang. Penilaian secara telus memang diperlukan bagi menentukan siapa bakal calon BN di Cameron Hghlands bagi mengekalkan kerusi tersebut sekligus mampu membawa perubahan di kawasan pelancongan tanah tinggi di Pahang.

Sunday, 22 October 2017

ADNAN SANGGAH TUDUHAN MAHATHIR

Satu kenyataan rasmi dari Menteri Besar Pahang menjawap tuduhan Tun Mahathir mengenai negeri Pahang.

Berikut ialah kenyataan penuh YB Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob.

Menteri Besar Pahang menafikan bahawa projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang telah berjaya mengumpulkan nilai pelaburan RM19 billion sehingga akhir tahun lalu meminggirkan penduduk setempat termasuk tawaran peluang pekerjaan.
Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dakwaan mengatakan pemohon kerja wajib mengetahui bahasa Mandarin adalah tidak benar tetapi sebaliknya ianya hanya sebagai syarat tambahan yang memberi kelebihan kepada pemohon.

Beliau mengakui memang terdapat ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan warga China di MCKIP di peringkat awal pembinaan.  Tapak pembinaan yang sangat luas itu kini dikatakan sedang beroperasi 24 jam dan dibina oleh 3 pasukan yang menjalankan 3 syif.  Walau bagaimanapun sudah tentu syarikat di situ memerlukan orang tempatan yang memiliki kelebihan bahasa mereka untuk menjadi orang tengah atau penghubung dengan warga tempatan yang berbahasa melayu.

“Setelah disemak rupanya ia hanya syarat tambahan dan orang Melayu, India dan Cina boleh memohon kerja di tempat berkenaan, jika tahu bahasa Mandarin sebagai satu kelebihan...bukan wajib,” katanya ketika mengulas kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa projek berkenaan gagal memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Literasi Statistik Bersama Komuniti ‘MyCencus 2020’ Teras Masa Depan Negara anjuran Jabatan Perangkaan Negara, di sini hari ini.

Berdasarkan tinjauan awal yang kami lakukan, projek terbabit turut membuka peluang kepada pembekal-pembekal tempatan untuk membekalkan bahan binaan dan pengangkutan di tapak binaan.  Lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan dijangka akan wujud apabila tapak tersebut mula beroperasi kelak

Tuesday, 10 October 2017

SIVARRAAJ TIDAK DIKENALI PENGUNDI P078

Ketua Pemuda MIC Sivarraaj Chandran yang mendakwa mendapat sokongan akar umbi pengundi P078 Cameron Highlands sebenarnya tidak dikenali ramai. Beliau yang di lantik MIC sebagai Penyelaras MIC Cameron Highlands kini seolah 'Mabuk Kerusi' apabila nada mahukan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands. Sepatutnya Sivarraaj yang merupakan lantikan MIC menjalankan tugas menjaga serta mendekati pengundi MIC di Cameron Highlands dan bukan memggembar gemburkan seolah dialah bakal calon yang paling layak sedangkan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak masih belum memutuskan siapa calon terbaik di situ.

Sivarraaj yang kalah di Dun Buntong pada PRU 13 dengan majoriti 8,629 memihak kepada DAP kini mahu mencuba nasib di Cameron Highlands pula. Adakah ini percaturan terbaik MIC yang mahukan kerusi 'selamat' selepas bekas Presiden MIC, G Palanivel hampir kalah di kerusi tersebut akibat tidak mendapat sokongan dari pengundi Dun Tanah Rata menyaksikan hanya mampu memenangi dengan majoriti yang sedikit.

Perebutan antara MIC sendiri memberi imej yang agak menyukarkan pengundi memberi kepercayaan kepada mereka lagi apatah lagi Umno Cameron Highlands pada asalnya menolak calon MIC tetapi kini berubah nada. Pernah satu ketika kepimpinan Umno CH sendiri menolak mereka yang kalah tetapi tidak diketahui mengapa tiba tiba pendirian itu berubah selepas Sivarraaj di lantik MIC sebagai penyelaras MIC Cameron Highlands

Agak pelik bila Sivarraaj mengakui beliau menerima sokongan dari pengundi akar umbi untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen CH apabila satu temuramah dilakukan. Dalam temuramah tersebut jelas sekali Sivarraaj tidak pernah tampil berdepan dengan pengundi tetapi mampu mendakwa beliau menerima sokongan?

Temuramah berkaitan : https://youtu.be/SHedCw56lEo

Dakwaan Sivarraaj : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/umno-terima-sivarraajh-di-cameron-highlands-1.739421

Friday, 6 October 2017

CAMERON HIGHLANDS KEMBALI CERIA - TEKAD KAYVEAS

Dalam memperkatakan mengenai kesesakan jalanraya di pusat peranginan tanah tinggi Cameron Highlands, usaha mengembalikan keindahan turut memainkan peranan penting bagi menarik pengunjung.

Suhu yang nyaman dinikmati pelancong luar dan dalam, Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas melihat perlunya satu usaha mengindahkan persekitaran Cameron Highlands untuk terus unggul sebagai tempat yang selesa. Prasarana yang lebih baik untuk pengunjung perlu diperti gkatkan dan Kayveas mahu mewujudkan 1000 orang Sukarelawan Cameron bagi menjayakan usaha ini.

Beliau berkata demikian semasa program Karnival Sukan Cameron Highlands anjuran MyPPP di Padang Awam Tanah Rata. Karnival yang mengumpulkan 10 acara sukan dipertandingkan dan sambutan di luar jangkaan. Tidak menghampakan anak anak kecil, pertandingan turut membabitkan mereka diadakan dan wajah gembira dapat di lihat terukir di wajah mereka.

Pembabitan peserta bukan sahaja dari Cameron tetapi melibatkan peserta dari Jelai turut kelihatan walau hujan melanda di sebelah tengahari. Kayveas yang kelihatan tidak kekok langsung berada bersama komuniti turut bersama memeriahkan suasana dengan gelagat bersahaja beliau ketika cuba memakan epal yang di gantung bagi pertandingan makan epal.

Program penuh klik : https://youtu.be/YUYrgoY5XpU

Tuesday, 3 October 2017

KOREK EMAS ATAU DALAMKAN SUNGAI?

Penduduk sebuah kampung tradisional yang terkenal dengan aktiviti 'Homestay', Kuala Medang memprotes satu kerja mendalamkan sungai di kampung tersebut. Kerja kerja mendalamkan sungai tersebut bermula pada pertengahan September 2017 meninbulkan kemarahan orang kampung apabila banyak aktiviti membabitkan ekonomi setempat terganggu.

Satu laporan polis telah di buat di Balai Sungai Koyan membantah projek berkenaan. Dipercayai projek berkenaan merupakan projek seorang kerabat DiRaja Pahang berdasarkan papan tanda yang didirikan di tapak projek dan ini menimbulkan keraguan kepada masyarakat setempat kerana bagi mereka mustahil kerabat DiRaja Pahang terlibat dalam projek yang boleh menjejaskan pendapatan orang kampung.

Seorang penduduk kampung turut mengadu kapal korek berkenaan melakukan aktiviti yang meragukan kerana batu yang kononnya di korek tidak dinaikkan ke darat sebaliknya dilonggokkan di belakang kapal korek berkenaan. Jentera pengorek (excavator) yang terdapat di sungai turut menimbulkan persoalan kerana jentera berkenaan bukanlah jentera yang sesuai melakukan pekerjaan mengorek sungai bagi membantu mendalamkan sungai sebaliknya hanya sesuai membuat kerja di darat.

Orang kampung yang tidak berpuashati dengan projek tersebut bertindak merobohkan papan tanda dan menghalang kerja mengorek sungai apabila semakin banyak kerosakan terjadi selepas projek berkenaan dilaksanakan. Ikan sungai yang mempunyai nilai eksotik semakin sukar didapati dan air sungai semakin keruh hingga menjejaskan kehidupan serta penempatan sepanjang sungai Jelai. Difahamkan projek berkenaan telah dihentikan apabila orang kampung 'mengamuk' dan pihak Pejabat Tanah Dan Galian bersama Jabatan Peparitan dan Saluran telah turun ke lokasi berkenaan. ADUN Jelai, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail difahamkan sedang meneliti perkara ini dan tindakan sedang dilakukan bagi mengatasi masalah berkaitan.

Mungkin kerajaan negeri perlu campur tangan dalam hal berkaitan kerana jelas nama seorang Kerabat DiRaja Pahang terpampang dan ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri.

Klik : https://youtu.be/s6f6_ztD6lA

Klik : https://youtu.be/76hrDKenTA0