Showing posts with label Kayveas. Show all posts
Showing posts with label Kayveas. Show all posts

Wednesday, 28 February 2018

DAP CAMERON KUTIP DUIT RAKYAT ANJUR FUTSAL DI KAMPUNG ORANG ASLI?

TIDAK MENOLONG MALAH MAHU KUTIP DUIT ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS

Pos Lemoi yang terletak 18 km dari tepi jalan besar Lembah Bertam dahulunya mengambil masa 2 setengah jam namun selepas Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas mengusahakan pembaikan jalan konkrit ia memendekkan masa perjalanan ke 1jam 40minit. Jika jalan konkrit siap sepenuhnya perjalanan dijangkakan akan menjadi 40 minit sahaja.

Usaha Kayveas bermula dengan sumbangan simen sahaja tidak memuaskan hati beliau lantas beliau membawa usul ke pihak berwajib agar menyediakan infrastruktur jalan konkrit yang lebih baik agar Orang Asli di Pos Lemoi dapat berurusan dengan lebih mudah dengan dunia luar. Atas usaha ini, myPPP telah mengambil inisiatif menjadikan beberapa kampung Orang Asli di Pos Lemoi sebagai kampung angkat mereka.

Program Sentuhan Kasih anjuran myPPP Kuala Lumpur yang dijangkakan pada 3-4 Mac 2018 dengan usahasama myPPP Cameron Highlands menerima kejutan awal apabila DAP Cameron Highlands turut dikatakan akan melakukan program futsal pada tarikh dan tempat yang sama. Di sebalik kejutan tersebut, myPPP dan Barisan Nasional Cameron Highlands berjaya mengatasi gerak kerja DAP Cameron Highlands dengan kerja keras bagi menafikan usaha DAP menghasut Orang Asli Pos Lemoi.

Mengejutkan lagi DAP CH dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM5 sekepala bagi setiap peserta yang ingin bersama dalam program futsal anjuran mereka. Sudahlah menolong Orang Asli pun DAP CH tidak pernah, program futsal pula mengenakan bayaran kepada orang kampung. Inikah cara DAP CH membodohkan Orang Asli bagi kepentingan mereka? Adun N1 Tanah Rata, Leong Ngah Ngah sejak memenangi kerusi tersebut pada 2013 tidak pernah menampakkan muka kini seorang lagi individu bernama Manoharan pula mahu meneruskan jejak memperdayakan Orang Asli? Selama hampir 5 tahun DAP CH tidak pernah membantu rakyat malah hanya tahu menghasut sahaja kini mahu pula mengutip duit rakyat?

Menurut Batin Zainal dari Pos Lemoi, selama ini hanya Tan Sri Kayveas dari Barisan Nasional yang turun membantu mereka, mengapa baru kini DAP CH mahu menunjukkan muka mereka di perkampungan mereka? Kemana DAP CH selama 5 tahun sejak 2013? Bila semakin hampir pilihanraya barulah DAP menunjukkan prihatin kepada masyarakat Orang Asli?

Berbeza dengan Barisan Nasional yang sentiasa memberikan perhatian setiap permasalahan rakyat malah membantu menyelesaikan masalah rakyat di samping membawa perkembangan ekonomi ke Malaysia. Kayveas yang mewakili Barisan Nasional telah berjaya menambat hati Orang Asli dan mengembalikan keyakinan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional. Di bantu pula gerak kerja berkesan myPPP CH dan Barisan Nasional memudahkan kerja menangkis dakyah pembangkang.

Friday, 6 October 2017

CAMERON HIGHLANDS KEMBALI CERIA - TEKAD KAYVEAS

Dalam memperkatakan mengenai kesesakan jalanraya di pusat peranginan tanah tinggi Cameron Highlands, usaha mengembalikan keindahan turut memainkan peranan penting bagi menarik pengunjung.

Suhu yang nyaman dinikmati pelancong luar dan dalam, Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas melihat perlunya satu usaha mengindahkan persekitaran Cameron Highlands untuk terus unggul sebagai tempat yang selesa. Prasarana yang lebih baik untuk pengunjung perlu diperti gkatkan dan Kayveas mahu mewujudkan 1000 orang Sukarelawan Cameron bagi menjayakan usaha ini.

Beliau berkata demikian semasa program Karnival Sukan Cameron Highlands anjuran MyPPP di Padang Awam Tanah Rata. Karnival yang mengumpulkan 10 acara sukan dipertandingkan dan sambutan di luar jangkaan. Tidak menghampakan anak anak kecil, pertandingan turut membabitkan mereka diadakan dan wajah gembira dapat di lihat terukir di wajah mereka.

Pembabitan peserta bukan sahaja dari Cameron tetapi melibatkan peserta dari Jelai turut kelihatan walau hujan melanda di sebelah tengahari. Kayveas yang kelihatan tidak kekok langsung berada bersama komuniti turut bersama memeriahkan suasana dengan gelagat bersahaja beliau ketika cuba memakan epal yang di gantung bagi pertandingan makan epal.

Program penuh klik : https://youtu.be/YUYrgoY5XpU