TIDAK MENOLONG MALAH MAHU KUTIP DUIT ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS
Pos Lemoi yang terletak 18 km dari tepi jalan besar Lembah Bertam dahulunya mengambil masa 2 setengah jam namun selepas Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas mengusahakan pembaikan jalan konkrit ia memendekkan masa perjalanan ke 1jam 40minit. Jika jalan konkrit siap sepenuhnya perjalanan dijangkakan akan menjadi 40 minit sahaja.
Usaha Kayveas bermula dengan sumbangan simen sahaja tidak memuaskan hati beliau lantas beliau membawa usul ke pihak berwajib agar menyediakan infrastruktur jalan konkrit yang lebih baik agar Orang Asli di Pos Lemoi dapat berurusan dengan lebih mudah dengan dunia luar. Atas usaha ini, myPPP telah mengambil inisiatif menjadikan beberapa kampung Orang Asli di Pos Lemoi sebagai kampung angkat mereka.
Program Sentuhan Kasih anjuran myPPP Kuala Lumpur yang dijangkakan pada 3-4 Mac 2018 dengan usahasama myPPP Cameron Highlands menerima kejutan awal apabila DAP Cameron Highlands turut dikatakan akan melakukan program futsal pada tarikh dan tempat yang sama. Di sebalik kejutan tersebut, myPPP dan Barisan Nasional Cameron Highlands berjaya mengatasi gerak kerja DAP Cameron Highlands dengan kerja keras bagi menafikan usaha DAP menghasut Orang Asli Pos Lemoi.
Mengejutkan lagi DAP CH dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM5 sekepala bagi setiap peserta yang ingin bersama dalam program futsal anjuran mereka. Sudahlah menolong Orang Asli pun DAP CH tidak pernah, program futsal pula mengenakan bayaran kepada orang kampung. Inikah cara DAP CH membodohkan Orang Asli bagi kepentingan mereka? Adun N1 Tanah Rata, Leong Ngah Ngah sejak memenangi kerusi tersebut pada 2013 tidak pernah menampakkan muka kini seorang lagi individu bernama Manoharan pula mahu meneruskan jejak memperdayakan Orang Asli? Selama hampir 5 tahun DAP CH tidak pernah membantu rakyat malah hanya tahu menghasut sahaja kini mahu pula mengutip duit rakyat?
Menurut Batin Zainal dari Pos Lemoi, selama ini hanya Tan Sri Kayveas dari Barisan Nasional yang turun membantu mereka, mengapa baru kini DAP CH mahu menunjukkan muka mereka di perkampungan mereka? Kemana DAP CH selama 5 tahun sejak 2013? Bila semakin hampir pilihanraya barulah DAP menunjukkan prihatin kepada masyarakat Orang Asli?
Berbeza dengan Barisan Nasional yang sentiasa memberikan perhatian setiap permasalahan rakyat malah membantu menyelesaikan masalah rakyat di samping membawa perkembangan ekonomi ke Malaysia. Kayveas yang mewakili Barisan Nasional telah berjaya menambat hati Orang Asli dan mengembalikan keyakinan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional. Di bantu pula gerak kerja berkesan myPPP CH dan Barisan Nasional memudahkan kerja menangkis dakyah pembangkang.