Monday, 25 April 2016
Pembangkang Pahang Tunggu Peluang Mengubah Sokongan - Siapa Yang Akan Mulakan?
Desas desus berkaitan kecelaruan Pakatan Harapan di Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 memberi impak terhadap imej pembangkang di Semenanjung. Boleh dikatakan kredibiliti DAP selaku parti dominan dalam Pakatan Harapan kini sudah tidak lagi di percayai. PKR sudah pasti melihat ini sebagai peluang untuk mereka memalukan DAP kerana perseteruan merebut kerusi di Sarawak jelas menampakkan kelemahan DAP menyusun atur kedudukan menentang Barisan Nasional.
Pembangkang di Pahang juga menerima tempias sama dan mereka kini sudah tidak mampu memberi alasan berkenaan kekalutan yang melanda Pakatan Harapan. Wakil pembangkang yang dalam proses mengubah sokongan kepada BN hanya menanti masa yang sesuai dan kecelaruan yang timbul di PRN Sarawak merupakan masa yang paling sesuai bagi mereka mengubah haluan sokongan.
Siapa antara wakil pembangkang di Pahang yang akan menjadi individu pertama keluar dari Pakatan Harapan? Pastinya mereka menantikan keputusan PRN Sarawak bagi memantapkan alasan mengubah sokongan sekaligus melumpuhkan pengaruh Pakatan Harapan di Pahang.
Seperti dijangkakan, perkembangan PRN Sarawak yang melibatkan penglibatan PAS menentang calon BN di Sarawak tidak dianggap sebagai isu besar kerana Pakatan bertikam sesama sendiri di sesetangah kerusi yang menjadi rebutan. BN yang menerima kehadiran PAS dengan terbuka telah membuka mata rakyat mengenai penyatuan dua parti berlainan ideologi adalah tidak mustahil.
Wakil pembangkang di Pahang telah nampak satu bentuk gelombang sokongan teguh rakyat yang ditunjukkan terhadap PM Najib dan mereka tidak akan teragak agak untuk mengubah haluan sokongan. Menurut sumber bilik gerakan pembangkang, gelora yang melanda kepimpinan pusat Pakatan Harapan mempengaruhi keputusan wakil pembangkang di Pahang.
Terdapat juga khabar wakil pembangkang sebenarnya sudah 'muak' dengan isu yang dimainkan pemimpin pembangkang yang hanya menyusahkan rakyat dan perkembangan yang baik untuk pengundi mereka. Kini mereka hanya menantikan masa yang sesuai untuk mengisytiharkan perkara yang menjadi keutamaan yang mendatangkan kebaikan kepada pengundi di kawasan mereka.
Ternyata Pakatan Harapan kini sudah kehilangan sokongan dari rakyat dan bersedia berubah demi kebaikan rakyat Pahang.
Rakyat Pahang menantikan keputusan bijak daripada wakil rakyat yang mereka pilih dalam PRU13 demi kebaikan semua pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment