Friday, 19 May 2017

KELAB ANAK RAUB TERUS TABUR BAKTI

ZIARAH KASIH EHYA RAMADHAN KELAB ANAK RAUB BERI SINAR BUAT PENERIMA

Menghampiri Ramadhan 2017 membawa seribu pengertian buat Umat Islam seluruhnya. Persiapan untuk menyambut bulan mulia mula dirasai, tidak kurang juga bantuan kepada yang memerlukan sudah mula diagihkan bagi memberi kegembiraan buat mereka yang kurang bernasib baik.

Kelab Anak Raub yang merupakan sebuah NGO tidak melepaskan peluang untuk menabur bakti dan berkongsi rezeki. Program Ziarah Kasih Ehya Ramadan di atur oleh Kelab Anak Raub bagi menyampaikan bantuan kepada yang terpilih di Felda Lembah Klau, Raub pada 19 Mei 2017. Bantuan berupa keperluan asas disediakan dengan usaha ahli Kelab Anak Raub dan inisiatif ini mendapat sokongan dari Ketua Umno Bahagian Raub, Dato Sri Shahiruddin Moin merangkap Adun Dong.

Membanggakan sekali sambutan dari ahli Kelab Anak Raub di luar jangkaan dan mendapat respon yang sangat baik dari JKKK Felda Lembah Klau. Pihak Felda menyediakan nama nama penerima bantuan serta membawa rombongan Anak Raub menghantar bantuan serta beramah mesra dengan penerima menjadi momen paling indah buat semua ahli Anak Raub.

Shahiruddin yang turut bersama menghantar bantuan rumah ke rumah mengambil kesempatan bertanya khabar serta memberi bantuan segera kepada beberapa individu yang agak memerlukan selain dari apa yang disediakan Anak Raub. Timbalan CEO Anak Raub, Kamil Ibrahim yang turun padang menyampaikan bantuan turut memberi sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban penerima.

Ziarah Kasih Ehya Ramadhan anjuran Anak Raub mendapat reaksi positif dari penduduk setempat dan melahirkan rasa kesyukuran ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka. Program diakhiri dengan perlawanan Petanque antara Anak Raub dan penduduk setempat.

Thursday, 4 May 2017

PESAKIT KANSER DI PAHANG PERLU BANTUAN


PESAKIT KANSER RAYU BANTUAN

Setiap manusia menerima dugaan hidup yang berbeza namun demikian bak kata pepatah 'Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul'. Penderitaan surirumah ini wajar diberikan perhatian oleh pihak berkenaan bagi meringkan bebanan hidup. Semoga ada pihak yang sudi membantu keluarga ini.

Puan NorFazila Binti Zainal berumur 33tahun, pengidap breastKanser tahap 4. Beliau tahu penyakit pada bulan 4 baru nie, apabila kaki dan badan beliau selalu sakit sebelah kanan. Rupanya Kanser dah makan Tulang dalam badan, menurut Puan Fazila lagi, breastnya kelihatan normal. Pada tahun lepas bulan 11 2015, beliau ada buat check dengan Hospital Swasta KMC, tapi pihak cosultan hanya mengatakan kesan dari beliau menyusu anak beliau.

Tiada rawatan yang disyorkan oleh doktor, sebab kanser dah merebak teruk. Tulang sebelah kanan terutama tulang peha dah reput. Pembedahan dan kimoterapi pun x boleh.
Beliau tengah menyusu badan anak no 3 semasa beliau tahu kanser dah tahap 4.
Sekarang beliau hanya terlantar sahaja dan belakang badan beliau kini mengalami masalah kulit reput. Sehingga ke punggung. 100%hanya bergantung kepada suami untuk bergerak dan makan minum.
Anak beliau (muhammad 'aisy Faheem)mengalami masalah ketumbuhan otak dengan cecair berlebihan dalam kepala. Kini berumur 6 tahun. Dilahirkan normal. Mengalami masalah ketumbuhan sewaktu berusia 3bulan. Kini terlantar dan makan minum menggunakan tiub.

Suami Puan Norfazila, Encik Muhammad Allwei bin Zakaria kini berhenti kerja semata2 menumpukan perhatian kepada isteri dan anak beliau.

Mempunyai anak berumur
6 tahun, 4 tahun dan 2tahun.
Bagi mereka yang berbesar hati untuk menderma
Akaun
Cimb: 7002235433
Muhammad Allwei bin Zakaria
Maybank: 506221448236
Muhammad Allwei bin Zakaria
Berhubung terus dengan suaminya
Allwei 016 938 6840
Bagi yang nak melawat.
Alamat beliau
No1 lorong 64
Taman inderasempurna
25150 kuantan
Pahang

Wednesday, 26 April 2017

"BUKAKANLAH HATI MAK BAPAKKU" - LUAHAN TERAKHIR THAQIF

LUAHAN MERUNTUN HATI RAKYAT MALAYSIA

Negara digemparkan dengan kisah seorang remaja yang mendakwa telah di pukul dan di dera di sebuah pusat tahfiz. Mangsa kemudiannya telah diamputasi kedua belah kaki kerana jangkitan kuman. Hari ini pemergiannya telah meninggalkan ibu bapanya dalam kesedihan dan turut mengundang kesedihan itu ke seluruh negara.

Namun demikian satu salinan luahan hati Allahyarham Thaqif menyentuh emosi mengenai apa yang beliau lalui sepanjang 42 hari di pusat tersebut.

"Ya Allah, bukakanlah hati mak bapaku dan ustaz afdal dan sheikh fahmi untuk mengizinkan aku pindah besok"

Tulisan ini merupakan antara luahan Allahyarham sebelum kisah beliau di pukul hingga terpaksa di potong kakinya tersebar.

Moga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh Allahyarham Thaqif.

Wednesday, 12 April 2017

PSM UMUM CALON PARLIMEN P078 DAN DUN JELAI


CABARAN PSM DI DUN JELAI DAN PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

Breaking News : PSM umum calon Parlimen Cameron Highlands dan Dun Jelai, Pahang.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pilihanraya sebentar tadi mengisytiharkan Saudara Suresh, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang memegang portfolio Alam Sekitar dan Orang Asli diamanahkan untuk membawa hasrat rakyat dan Parti sebagai calon di Parlimen Cameron Highlands.

Sementara itu, aspirasi membawa pimpinan akar umbi masyarakat ke badan legislatif telah menampilkan Mat Noor Anak Lelaki Ayat, pemimpin masyarakat Orang Asli Pos Jelai untuk bertanding di Dun Jelai.

Mesyuarat yang dihadiri pimpinan tertinggi PSM pusat dan tempatan hari ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan masyarakat Orang Asli yang bangkit bersuara setelah sekian lama terabai dan disisihkan.

Dijangka dari masa ke semasa pengumuman calon akan dibuat dan membawakan kelainan bila parti ini mempertaruhkan aktivis rakyat dan pimpinan pelbagai lapisan masyarakat majoriti yang membezakan dengan calon-calon parti lain yang dipilih dikalangan elitis dan kroni.

Dengan pengumuman ini bermakna PSM siap sedia bertembung dengan Barisan Nasional sekaligus parti DAP di Cameron Highlands dan PAS di Jelai.

Namun demikian, BN yang masih lagi diwakili oleh Dato Wan Rosdy Wan Ismail di jangka tidak akan menghadapi masalah dengan tentangan dari PSM ini. Apa yang dikhuatiri ialah undi protes dari kalangan pengundi Dun Jelai yang selama ini tidak berpuashati dengan penglibatan seorang individu yang rapat dengan Wan Rosdy. Malah pengundi pernah mengutarakan keluhan ini kepada beliau semasa kempen PRU13 namun semuanya ibarat 'mencurah air di daun keladi'.

Bagi kerusi Parlimen pula masih menjadi tandatanya kekuatan PSM untuk merampas kerusi tersebut dari MIC berikutan ada kontroversi perebutan antara Presiden PPP, Tan Sri Kayveas dan Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy yang dikatakan sedang rancak membuat lawatan serta kempen turun padang.

Bagi pemerhati politik, PSM sebenarnya hanyalah parti yang tidak mampu membawa apa apa perubahan kepada rakyat tetapi mereka mampu memberi sedikit tekanan awal apabila mengumumkan calon seawal ini.

Monday, 10 April 2017

DAP DESAK POLIS TAHAN MUFTI PAHANG - ARIFF SABRI SUDAH 'GILA' MACAM RAFIZI


ARIFF SABRI BUKA PEKUNG SENDIRI

Mengikuti jejak langkah Rafizi Ramli dalam pembentangan 'Sidang Dewan Orang Gila' ahli parlimen Raub dari DAP Ariff Sabri membuat kejutan bagi 'membodek' Lim Kit Siang.

Ariff menggesa PDRM menangkap Mufti Pahang yang di lantik oleh Sultan Pahang kerana kenyataannya berkaitan Ruu355 kepada mereka yang menentang pembentangan tersebut di parlimen. Ariff mungkin terlupa dalam Perlembagaan Negara termaktub Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Raja Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam bagi setiap negeri serta berkuasa melantik individu berkelayakan berbicara hal hukum hakam Islam sebagai Mufti Negeri. Adakah gesaan Ariff ini sebahagian dari protes terhadap Tuanku Sultan Pahang?

Dalam 'Sidang Orang Gila' yang di buat oleh Pakatan 'Gila', wakil DAP dari Raub itu ternyata menipu diri dan pengundi di Raub. Beliau yang pernah di tanya mengenai pendiriannya berkaitan Ruu355 ketika di temui di Taman Bandar Raub, memperlecehkan cadangan pembentangan Ruu355 oleh Hj Hadi dan berpendapat PAS hanya mahu mencari keuntungan politik. Mungkin kerana terjangkit penyakit Mahathir, Ariff lupa semasa beliau bertanding di Raub, Pas merupakan pengundi yang menjadi faktor kemenangannya menewaskan calon BN semasa PRU13.

Pengundi di Raub kini boleh menilai mentaliti sebenar Ariff Sabri dan apa sebenarnya matlamat DAP menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan.

Saturday, 8 April 2017

KOMITED DENGAN ANAK MUDA, ANAK RAUB TERUS DEKATI SASARAN TN50


KELAB ANAK RAUB TERUS DEKATI BELIA RAUB - SAHUT SERUAN TN50

Dalam menyahut seruan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib yang mengilhamkan Transformasi 2050 dikenali sebagai TN50, Kelab Anak Raub meneruskan usaha mendekati golongan sasaran. Ceo Anak Raub  Fadzli Kamal bersama ahli Anak Raub menyertai Karnival Kebudayaan Dan Sukan Air anjuran Belia Pamah Rawas Dong.

Penyertaan meriah oleh penduduk setempat bersama Anak Raub dapat di lihat dengan kemesraan yang terjalin. Kehadiran di sambut meriah terus menerima kejutan dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan Anak Raub untuk Karnival tersebut.

Kejutan dilakukan oleh Ceo Anak Raub apabila mengumumkan 5 cabutan bertuah menerima wang saguhati RM100 sebagai pembakar semangat Belia Pamah Rawas. Seorang Ahli Jawatankuasa Anak Raub turut membuat kejutan istimewa kepada penduduk serta peserta apabila turut memberi saguhati berupa wang tunai yang disampaikan oleh wakil Anak Raub.

Jalinan antara Belia dan Anak Raub membuktikan kehadiran suara anak muda adalah penting dalam mengorak langkah menyahut seruan TN50. Golongan anak muda merupakan generasi yang akan membentuk negeri serta negara di masa akan datang dan karnival seumpama ini merupakan satu contoh kerjasama dan semangat kebersamaan antara NGO dan Belia perlu seiring.

Video karnival tersebut : KLIK : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=402623070121356&id=100011209989867

Tuesday, 4 April 2017

UMNO MANTAPKAN JENTERA HADAPI PRU14 - ADNAN YAAKOB


JENTERA PILIHANRAYA CAMERON HIGHLANDS DILANCARKAN

Pelancaran jentera pilihanraya Parlimen Cameron Highlands disempurnakan Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob di Dewan Umno Bahagian Cameron Highlands pada 4 April 2017.

Ketibaan MB Pahang merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Negeri di sambut 400 orang jentera dari seluruh Parlimen CH dam diiringi Adun Jelai.

Dalam ucapan serba ringkas namun padat dengan kata kata semangat, Adnan memgingatkan jentera agar mengekalkan Kuasa Raja Raja Melayu selaku Ketua Negeri dan Payung Rakyat selepas kerajaan.

"kita bertuah Raja Raja Melayu kita telah memeluk agama Islam sejak sekian lama dan mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan"

"kita perlu komited kepada rakyat tanoa menanti penghujung tempoh undian, kita sebagai kerajaan maka tunjukkanlah komitmen berkhidmat untuk rakyat"

Beliau yang berpuashati dengan perjalanan DUN Jelai namun mengingatkan jentera kepentingan memenangkan kerusi parlimen yang bakal mempengaruhi kuasa BN di peringkat nasional sekaligus mengekalkan penguasaan BN. Ini amat penting bagi kestabilan ekonomi bukan sahaja negeri tetapi negara apatah lagi dengan cabaran yang mendatang.

"Dunia politik dari pembangkang kini penuh dengan penipuan dan kebanyakan rakyat terpedaya dengan rekaan tohmahan, manakala jawap balas dari pihak kita (Umno) agak ketinggalan dari apa yang rakyat mahukan"

"Kita (Umno) perlu memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat apabila ada tohmahan terhadap kerajaan"