Wednesday, 25 November 2015

Pahang Teguh Bersama Presiden Parti - Sharkar



Kuantan
25 November 2015

Exco Pelancongan Negeri Pahang Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin berharap, liputan media untuk Perhimpunan Agung Umno 2015 di benarkan seperti biasa. Beliau menyatakan demikian semasa di hubungi berikutan kenyataan Setiausaha Agung Umno Dato Seri Tengku Adnan Mansor yang di putar belit oleh media pro pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga kekangan akan berlaku jika PAU di adakan secara tertutup. Setiap tahun setiap bahagian akan membawa perwakilan dan ahli ahli Umno dari Bahagian masing masing untuk memeriahkan perhimpunan terbesar ahli Umno seluruh negara. Ahli Umno yang menghadiri acara tersebut sememangnya tertunggu tunggu ucapan serta amanat dari Presiden Umno selain dari ucapan ketua ketua sayap parti dan perwakilan yang mewakili mereka.

Dato Sri Mohd Sharkar yang juga Adun Lanchang berharap agar perhimpunan kali ini akan menjadi medan terbaik untuk memulihkan kekuatan Umno dalam menghadapi cabaran pilihanraya negeri di Sarawak. Walau Umno tidak mempunyai wakil di Sarawak namun atas dasar kerjasama yang terjalin dalam Barisan Nasional, Umno tentunya akan menyokong untuk kemenangan BN dalam PRN Sarawak.

Tengku Adnan hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa liputan untuk PAU2015 berjalan seperi biasa. Walau bagaimanapun ada media tertentu yang tidak akan di benarkan masuk untuk membuat liputan bagi mengelak sebarang salah faham. (rujukan - http://www.bhplus.com.my/node/100110 - )
.

Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin juga menyatakan sokongan penuh Umno Pahang kepada kepimpinan Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.





Pahang Buat Persediaan Awal Hadapi Banjir.

Kerajaan Negeri Pahang Siap Siaga Menghadapi Banjir.


Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah awal menghadapi musibah yang melanda negeri ini pada tahun lepas. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Seri Muhammad Safian Ismail berkata, walau di ramal tidak seburuk tahun lepas namun kerajaan negeri enggan mengambil risiko.

Langkah awal mempersiapkan semua agensi dalam menghadapi banjir pada tahun ini lebih teratur dengan memastikan bekalan makanan setiap kawasan berisiko cukup untuk menampung mangsa yang di tempatkan di pusat pemindahan.

Antara tindakan yang akan di ambil dalam peraancangan musim banjir adalah
  • pusat kawalan banjir yang di letak berasingan dari pejbat polis daerah dan negeri
  • menambah pengkalan pemindahan dari 80 ke 101 
  • menambah pusat pemindahan dari 627 ke 653 yang mampu menempatkan seramai 153,000 mangsa banjir
Segala bekalan telah di letakkan di pengkalan hadapan dan di jangka ianya mencukupi. Selain itu tarikh luput setiap bahan makanan dalam tin serta bungkusan di periksa secara berkala.

Taklimat khas juga telah di beri kepada wakil rakyat dan ahli politik untuk mereka memahami prosedur perpindahan jika keadaan memerlukan.

Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ) juga memantau longkang serta sungai dalam usaha memastikan ia tidak tersumbat.

Sudah Sampai Masa Malaysiakini Diharamkan



Seakan tidak serik, Malaysiakini tanpa rasa bersalah telah memutar belit petikan ucapan Ahli Majlis Tertingi (MT) Dato Aziz Kaprawi dalam satu perjumpaan 4 Peringkat Bahagian UMNO Bayan Baru Pulau Pinang. Dalam ucapannya beliau menyebut “tindakan timbalan presiden parti dilihat tidak seiring dengan pucuk pimpinan dan ini sangat membimbangkan, kita tidak mahu ada duri dalam daging”.

Malaysiakini dalam entri pada 23 November 2015 menyatakan Aziz mengakui wujud usaha menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Persidangan Agung Umno yang di jangka akan berlangsung pada 8 November 2015. Namun demikian kenyataan itu di sangkal oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Baca lagi di : http://www.bicara.news/




60% Vape Perisa Nikotin Di Pahang



Hampir 60 peratus perisa vape atau rokok elektronik yang dijual di pelbagai premis di negeri Pahang dikesan mengandungi nikotin yang melanggar undang-undang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata bagi membanteras penyalahgunaan itu, pihaknya menjalankan serbuan bagi memeriksa secara khusus kandungan perisa vape yang dijual bagi memastikan ia mengikut peraturan.

“Kita sudah menghantar sampel kandungan vape dari seluruh negeri ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan lebih tepat dan keputusannya bakal diketahui dalam masa terdekat iaitu awal bulan depan.

“Peniaga yang menjual perisa vape mengandungi nikotin akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Racun 1952. Ini kerana tiada satu nikotin dalam perisa vape yang dilesenkan Kementerian Kesihatan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri

Baca seterusnya 

                          /http://www.bicara.news/

Nurul Izzah Langgar Sumpah Taat Setia Kepada Negara, Berhadapan Hukuman Berat

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bakal dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana pertemuan yang dirancang dengan Jacel Kiram, anak kepada ketua pengganas Sulu Jamalul Kiram III.

Usul untuk mengheret Nurul Izzah dimuatkan Kertas Aturan Mesyuarat Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR itu mungkin menghadapi nasib yang sama seperti yang berlaku ke atas Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang telah digantung kerana didakwa menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata, tindakan di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) dan 80 itu juga diambil berikutan kegagalan Nurul Izzah menjawab soalan yang jelas mengenai pertemuannya dengan anak ketua pengganas yang membunuh anggota keselamatan negara.

“Bahawa sebagaimana yang dilaporkan di laman media sosial dan gambar yang dimuat naik oleh Jacel Kiram pada 9 November, Yang Berhormat Lembah Pantai telah menghadiri pertemuan bersama dengan Jacel Kiram yang merupakan anak Jamalul Kiram III.

Baca seterusnya  :  http://www.bicara.news/

Monday, 23 November 2015

Izzah Tidak Simpati Pada Keluarga Mangsa Pengganas Sulu

Kuala Lumpur 
23 November
2015

Pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bersama waris Ketua Pengganas Sulu Jamalul Kiram lll- Jacel Kiram lll membangkitkan kemarahan rakyat tempatan di Sabah.

Beliau akan di panggil oleh PDRM untuk di siasat tujuan pertemuan itu. Jacel menaik muat 4 keping foto di media sosial menunjukkan sokongan kepada kempen embebasan Anwar yang di kenakan hukuman penjara.

Selanjutnya klik : http://www.bicara.news/nurul-izzah-tidak-peduli-perasaan-ahli-keluarga-syuhada-lahad-datu-anwar-lagi-penting/

Sunday, 22 November 2015

Tak Perlu Siasat : Izzah Mohon Maaf Mencukupi.

Kuala Lumpur
22 November 2015


Nurul Izzah yang di kecam kerana bergambar dengan Jacel Kiram lll baru baru ini menafikan pertemuan itu membincangkan strategi menawan Sabah.

Namun begitu Izzah telah mengguris hati rakyat Malaysia dengan foto foto terbabit yang memaparkan desakan untuk pembebasan Anwar. Malay Mail Online pula melaporkan, Izzah memohon maaf kerana gambar itu.

Apa pula kata PDRM? Cukup dengan memohon maaf.

Klik link untuk mengetahui selanjutnya.

http://www.bicara.news/tidak-perlu-siasat-nurul-izzah-sudah-minta-maaf/