Wednesday 14 December 2016

DAP HANYA GUNA MELAYU UNTUK RAIH UNDI - TIDAK PEDULI NASIB RAKYAT SELEPAS MENANG P080 RAUB





ARIFF SABRI SUDAH TIDAK RELEVAN DI RAUB - SUDAH BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL

PRU13 menyaksikan kerusi P080 Raub jatuh ke tangan DAP bila Ariff Sabri diletakkan sebagai calon untuk menentang wakil MCA Hoh Khai Mun. Dengan menggunakan kebijaksanaan bermain isu calon, DAP berjaya memperdaya pengundi Raub supaya bertukar haluan berikutan janji janji manis yang ditaburkan DAP sepanjang kempen pilihanraya berlangsung. Ariff Sabri pula mula menjenguk serata ceruk kampung dan meyakinkan pengundi Melayu agar menyokong beliau bagi menunjukkan DAP bukanlah satu parti yang tertutup.

Fakta Undian PRU13 P080 Raub

  • Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP) - 23,415 (53.2%)
  • Hoh Khai Mun (BN) - 20,601 (46.8%)
  • Jumlah pemilih berdaftar - 54,214
  • Jumlah Undi - 44,943 (82.9%)
  • Majoriti DAP - 2,814

MCA yang di beri tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi Raub ketika itu seakan hilang pedoman apabila mengemukakan calon luar yang di bawa dari Bentong bagi meraih sokongan setempat namun tindakan ini hanya mengundang tanggapan sinis penduduk Raub yang berasakan calon tempatan lebih layak menjadi wakil mereka. Akur dengan pilihan pucuk pimpinan, calon luar di terima dalam keadaan terpaksa dan ini sebenarnya melemahkan sokongan Raub terhadap calon BN ketika itu. Ariff melihat trend menolak calon luar sebagai kesempatan baginya untuk menyalahkan Umno Raub yang dikatakan sangat lemah ketika itu. Peluang ini di ambil dengan baik oleh DAP untuk meraih simpati orang Raub mengundi Ariff hanya kerana beliau berbangsa Melayu dan turut meyakinkan mereka Ariff akan membela nasib kaum Melayu Raub.

Hakikat sebenar selepas usai PRU13, Ariff hanya bermain di Lembah Klang dan sangat jarang berada dalam kawasan mahu pun turun beramah mesra dengan pengundinya. Inilah harga yang perlu di bayar oleh penduduk Raub selepas memilih Ariff sebagai wakil mereka di Parlimen. Rungutan demi rungutan kedengaran mengenai prestasi Ariff yang semakin merudum apabila pejabat khidmat Raub seringkali tidak di buka dan perkhidmatan DAP kepada setempat tidak seperti yang dijanjikan. Ariff hanya bermain isu yang dibangkitkan di peringkat nasional dan langsung tidak peduli isu Raub untuk dikemukakan di Parlimen. Pembangunan di bawah DAP hampir tiada dan seperti lazim, apabila berceramah Ariff akan terus cuba meyakinkan rakyat Raub beliau bekerja untuk kawasan yang di wakilinya sedangkan ramai tahu beliau tidak langsung menepati janjinya sewaktu berkempen semasa PRU13.

Bukan beliau sahaja yang tidak bekerja untuk rakyat, ADUN Tras yang juga wakil DAP turut tidak pedulikan hal rakyat dan hanya tahu membawa fitnah yang disediakan dalam skrip DAP Pusat sebagai modal untuk memperbodohkan rakyat. Rungutan penyokong tegar DAP sudah mula berdendang kerana tidak berpuashati dengan sokongan yang diberikan kepada DAP sejak 2013. Malah penyokong DAP turut membandingkan hasil kerja wakil BN terdahulu, Ng Nyen Nyen yang tidak memilih bulu dalam memberi khidmat kepada rakyat.


Sudah tentu untuk menghadapi PRU14, BN Pahang mempunyai perancangan yang lebih fleksibel dalam mempertaruhkan calon mampu menang dan di terima rakyat untuk berkhidmat kepada mereka. Umno Raub selaku 'Abang Besar' pastinya punyai perancangan teliti bagi merampas kembali kerusi Parlimen Raub yang kini milik DAP. Apabila bercakap mengenai calon yang paling sesuai, Umno sudah tentu mahu kerusi Raub dikembalikan kepada mereka kerana berpendapat sudah tiba masanya untuk kerusi tersebut dipulangkan selepas dipinjamkan kepada MCA atas dasar kompromi dalam komponen BN. MCA Raub yang masih bergelut dengan masalah pula mungkin bertegas tidak mahu melepaskan kedudukan itu kepada Umno dan masih mahu membawa calon yang difikirkan layak bagi mewakili BN di Raub. Pasti timbul sedikit perbezaan pendapat dalam meletakkan calon yang berkemampuan untuk memenangi kembali kepercayaan rakyat bagi kerusi Raub dan pastinya pucuk pimpinan BN Pahang mempunyai jalan menang-menang yang terbaik untuk rakyat.

Apa yang pasti, kerjasama antara komponen masih diperlukan jika BN Pahang mahu Raub kembali ke tangan BN dan MCA juga perlu memikirkan kemampuan mereka kerana rekod PRU13 tidak memihak kepada parti terbesar kaum Cina itu. Mereka juga perlu memikirkan komponen seperti Gerakan yang dikatakan turut berminat bertanding di tempat yang sama. Apakah formula yang akan digunakan dalam pembahagian kerusi kelak? Segalanya akan terjawap apabila Perdana menteri mengumumkan tarikh PRU14 dan sebelum itu kerja keras daripada setiap komponen BN adalah di tuntut.

Selama dikuasai DAP ternyata Umno Raub memainkan peranan penting bagi membantu rakyat Raub selepas tidak lagi dipedulikan oleh DAP. Secara tidak langsung, Umno kini semakin di terima masyarakat Raub untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dan serba sedikit mengubah persepsi rakyat terhadap Umno. Namun demikian Umno Raub perlu fokus kepada PRU14 dan memberi tumpuan sepenuhnya jika mereka mahu kerusi tersebut kembali ke pangkuan Umno. Bukan sahaja di peringkat tertinggi malah sayap Umno juga perlu bingkas bangkit membantu pemimpin untuk memenangi hati rakyat dan melupakan seketika pemilihan Umno yang dijangkakan pada 2018 kerana sebarang pergolakan dalaman tidak akan membantu tetapi bakal memusnahkan kerjasama kuat dalam Umno itu sendiri. 

Tidak menolak keupayaan MCA Raub yang turut membantu rakyat terutama kaum Cina di Raub, peranan mereka seolah tersekat kerana ada pemimpin MCA Raub yang masih berkeras hanya mahu individu yang direstui Ketua Bahagian MCA Raub sahaja menjadi calon P080 Raub dan tidak mengambil kira faktor penolakan dari pengundi Cina sendiri yang tahu kewujudan krisis dalaman MCA Raub. Moga mereka sedar kesilapan MCA selama ini yang berfikiran bahawa mereka sentiasa relevan kepada kaum Cina dan masih mahu menjadi juara dalam isu berkaitan kaum Cina Raub.

Sikap inilah yang DAP nampak sebagai kelemahan besar MCA Raub dan mereka berjaya buktikan dengan meletakkan calon Melayu (Ariff Sabri) DAP tiada masalah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang agak besar. Masih mahu bermimpi di siang hari atau mahu membantu BN Pahang? Itu persoalan yang perlu ditangani MCA Raub.

No comments:

Post a Comment