Saturday, 26 March 2016
MCA Pahang Perlu Tampilkan Calon Muda
Sejak memenangi kerusi selepas PRU13, kem pembangkang di Pahang nyata tidak berkaliber sama sekali apabila segala keperluan rakyat hanya diselesaikan wakil Barisan Nasional walau di tempat lawan. Dengan menguasai 12 DUN, pembangkang masih tidak dapat meningkatkan prestasi mereka berikutan kerusi yang di menangi hanyalah sebagai persiapan merampas negeri Pahang dari BN setelah merancang tsunami politik nasional.
Dengan kelebihan 30 kerusi DUN, BN terus menerajui negeri Pahang di bawah pentadbiran Dato Seri Adnan Yaakob bersama wakil Umno dan komponen BN. Walau terdapat sedikit kejutan dalam pilihanraya, BN terus membuktikan mereka masih relevan dan memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus memerintah Pahang.
DUN N7 Tras yang di wakili Choong Siew Onn dari Democratic Action Party (DAP) terletak dalam Parlimen Raub sebenarnya memerlukan perubahan. Sejak di 'tawan' DAP, DUN Tras tidak berubah wajah kerana wakil mereka hanya akan menampilkan diri semasa 'jamuan rakyat' bagi mengutip 'ufti' dari penyokong mereka. Sikap Siew Onn yang mengabaikan pengundi Dun Tras amat mengecewakan pengundinya dan kini mereka telah mula merungut setiap kali memerlukan khidmat ADUN hingga memaksa mereka merujuk kepada Umno Raub bagi memudahkan urusan berkaitan.
Pengundi DAP sebenarnya dalam kekeliruan kerana wakil yang mereka harapkan tidak menampilkan prestasi seperti diharapkan sewaktu berkempen. Segala 'janji manis' DAP yang ditaburkan kini menjadi igauan kepada pengundi apabila Siew Onn hanya berharap kepada pegawai khas yang di lantik mewakilinya. Pusat Khidmat DAP yang sepatutnya dibuka bagi memudahkan rakyat berurusan selalu tertutup dan ini memaksa rakyat bertemu meminta bantuan daripada wakil BN Raub.
Pemerhatian mendapati wakil DAP samada DUN mahu pun Parlimen tidak mengutamakan keperluan rakyat setempat apabila hanya muncul di khalayak ketika majlis yang berkaitan dengan parti mereka sahaja. Seorang pengundi DAP dari Kampung Sungai Lui, Encik Liew meluahkan rungutan beliau kepada penulis sewaktu ditemui.
"Siew Onn tidak sama seperti waktu Ng Yen Yen yang prihatin kepada kami masyarakat Cina, dia terus hilang selepas menang undi kami"
"Apa yang DAP bagi kepada kami pengundinya yang bertungkus lumus beri mereka kemenangan? Hanya isu penggunaan 'cyinade' oleh Raub Australian Gold Mining (RAGM) sahaja yang nampak diperjuangkan, bukan isu kami yang mahukan DAP sediakan perkhidmatan yang sepatutnya"
"Siew Onn tidak pernah melawat kawasan seperti yang pernah dilakukan wakil BN sebelum ini, tidak sama seperti orang Umno yang tidak membezakan kami walau kami tidak menyokong Umno"
Bila di tanya apakah pilihannya jika mengundi dalam Pru akan datang Encik Liew dengan tegas menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional.
"Saya akan sokong BN kembali sebab kami orang Cina hanya amalkan sikap tunggu dan lihat, siapa yang bantu kami maka kami akan sokong"
Ternyata sokongan terhadap DAP di Raub telah merosot teruk kerana wakil mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Imej parti sekular sosialis itu semakin tercemar apabila terbongkarnya skandal 'Banglo 2.8 juta' yang melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Dengan tercalarnya imej DAP di peringkat nasional, pengundi DAP sudah berkira kira mengubah haluan mereka. Namun demikian perlu diingatkan, MCA selaku parti komponen BN sudah boleh memulakan kempen kesedaran kepada pengundi DUN Tras jika mereka mahu bertanding di kerusi tersebut dalam PRU akan datang.
MCA perlu menembusi kawasan hitam yang di penuhi pengundi tegar DAP dan menerangkan dasar dasar kerajaan. Secara tradisinya kerusi DUN Tras akan ditandingi MCA sebagai komponen terbesar dan terkuat BN dan sudah tentu kesempatan ini akan digunakan bagi mereka bertemu pengundi bagi memulihkan imej MCA di mata rakyat.
Tidak perlu menunggu hingga saat akhir, MCA Pahang yang kini semakin di terima pengundi perlu membuktikan mereka juga layak mewakili kaum Cina selain daripada DAP dan mampu menjadi suara kepada kaum mereka. Bukan sahaja di DUN Tras malah MCA Pahang sudah boleh berkira kira menerobos kawasan lain yang difikirkan mampu di tawan semula.
DAP tidak sepatutnya dibenarkan berada dalam negeri Pahang kerana imej mereka yang membawa kepada perpecahan kaum hanya akan membuat perpaduan antara kaum di Pahang semakin regang dengan pelbagai fitnah serta 'karut marut' yang dilemparkan terhadap BN.
Konflik antara pembangkang juga antara faktor yang boleh di ambil kira MCA Pahang sebagai 'peluru' bagi mematahkan serangan DAP terhadap kredibiliti MCA mewakili kaum Cina Pahang. Perlu diingatkan, Presiden MCA mewakili Parlimen Bentong dan ini merupakan penghormatan bagi kaum Cina di Pahang dalam menyokong kembali MCA. Malah pembangunan yang sedang pesat berlaku di Bentong juga menjadi bukti kepada rakyat bahawa MCA berkhidmat untuk rakyat dan tidak seperti DAP yang hanya mahukan kuasa.
Pengalaman lalu banyak mengajar MCA untuk lebih berhati hati meletakkan calon mereka di setiap kerusi yang diberikan melalui muafakat BN. Calon yang lebih segar dan berkebolehan sepatutnya ditampilkan MCA dan ini akan memberi keyakinan kepada pengundi MCA sudah punyai wakil yang boleh diharapkan dan menjadi sandaran rakyat. MCA sudah tentu tidak ketandusan dengan calon muda yang boleh diharapkan bagi meneruskan survival parti tersebut dalam arus perdana politik nasional dan negeri. Keyakinan MCA kepada calon muda dan berkaliber sangat penting bagi memastikan pengundi Cina kembali ke pangkuan MCA dan BN.
Adalah diharapkan MCA PAhang akan lebih matang dalam politik Pahang dan menjadi komponen yang setia kepada BN dan mampu bekerjasama dengan semua komponen. Sikap prejudis antara parti didalam BN haruslah diketepikan bagi membantu mencapai kemenangan mutlak BN di Pahang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment