Thursday, 24 March 2016
DAP Akan Rampas Pahang Menggunakan Undi Melayu?
Suhu politik negara semakin panas dengan pembongkaran skandal banglo milik Ketua Menteri P.Pinang yang diurusniagakan di bawah nilai hartanah sebenar. Dengan hanya bayaran sebanyak RM2.8 juta, Lim Guan Eng berjaya memiliki banglo dengan kadar diskaun yang sangat tidak munasabah.
Pendedahan yang dilakukan dalam Parlimen menarik perhatian rakyat yang kemudiannya mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap isu ini. Hasilnya satu kertas siasatan telah di buka oleh SPRM bagi mendapatkan maklumat mengenai kewujudan unsur rasuah dalam transaksi berkaitan.
Memburukkan keadaaan, pemilik asal kediaman tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang membida tanah di Taman Manggis untuk didirikan hospital dan kediaman mewah sedangkan kerajaan terdahulu (BN) telah merizabkan kawasan tersebut bagi pembinaan rumah mampu milik buat rakyat P.Pinang. Dan sebagai timbal balik sikap 'murah hati' kerajaan DAP, pemilik asal banglo telah memberi 'potongan harga' untuk Guan Eng sebagai tanda terimakasih meluluskan pembelian tanah di Taman Manggis.
Tindakan Guan Eng yang jelas menimbulkan keraguan kewujudan unsur rasuah terus dipertahankan ahli DAP dalam Parlimen. Inilah kunci tata kerja berpasukan DAP dalam mengelirukan mata rakyat jika sesuatu isu berkaitan DAP timbul.
Penaklukan secara tanpa sedar ini berlaku bila Democratic Action Party (DAP) berkuasa dan memerintah sesebuah negeri dan mereka akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak pemimpin parti sekular sosialis itu. Perihal rakyat tidak menjadi keutamaan bagi wakil DAP ketengahkan samada Dewan Rakyat mahu pun Dewan Negeri.
DAP memang menerapkan satu ketetapan bagi setiap wakil mereka di parlimen dan DUN untuk hanya setia kepada pemimpin dan bukan bekerja untuk rakyat maka tidak menghairankan rungutan mengenai prestasi wakil DAP telah mula kedengaran.
Pahang antara kubu kuat BN adalah negeri yang tidak disenangi DAP kerana sikap pengundi yang tidak menentu dalam memberi sokongan kepada parti sosialis sekular itu telah mengubah taktikal mereka meraih undi dengan mengemukan calon yang boleh memecahkan undi kaum Melayu dan membuat kaum lain dalam dilemma bagi memilih wakil mereka.
Calon hendaklah taat setia dengan apa sahaja keputusan parti dan tidak mengambil berat hal mengenai rakyat tetapi kereka diwajibkan mempertahankan parti dari serangan BN samada di Parlimen mahu pun DUN walau pun tindakan pemimpin atasan DAP meragukan dan jelas melanggar etika seorang wakil rakyat seperti yang terjadi dalam skandal banglo Lim Guan Eng.
Parlimen Raub yang di kuasai DAP melalui wakilnya, Dato Ariff Sabri juga tidak mempedulikan rakyat kawasan yang di wakilinya. Setelah merampas kerusi Raub dari Barisan Nasional pada tsunami PRU13, Ariff dikatakan sukar di temui didalam kawasan. Beliau yang tidak menetap di Raub hanya mengambil elaun sebagai wakil rakyat di Parlimen tetapi tidak menjalankan tugas sebagaimana kehendak rakyat.
Tiada apa yang boleh Ariff banggakan selaku wakil Raub kerana beliau bukan bekerja untuk pengundi Raub tetapi bekerja hanya untuk memecahkan undi pengundi Melayu yang meletakkan harapan agar ada perubahan yang di bawanya selaku 'bekas Umno' yang memahami rintihan rakyat yang dahagakan pembangunan.
Kehadiran Ariff tidak boleh dibanggakan kerana semua pembangunan di bandar Raub telah di rancang terlebih dahulu oleh Barisan Nasional. DAP Raub hanya mengambil 'kredit' bagi setiap pembangunan yang dilaksanakan di Raub. Malah, Ariff dikatakan tidak pernah melawat kawasan dan ini menimbulkan tanda tanya adakah DAP hanya mahukan kuasa tetapi dalam masa sama mengabaikan pengundi?
Pernah mewakili Umno satu ketika dahulu, Ariff yang kini ber'kiblat'kan Lim Kit Siang perlu sedar DAP tidak memperjuangkan nasib kaum Melayu seperti yang terjadi di Pulau Pinang bila rakyat di halau secara halus oleh Kerajaan DAP. Tempat mereka meraih rezeki juga telah diganggugugat hingga merobohkan kawasan kaum Melayu berniaga. Malah lebih teruk penindasan terhadap kaum Melayu kini dilakukan secara terangan oleh DAP apabila mereka punyai kuasa penuh memerintah negeri.
Penyelewengan yang dilakukan DAP juga tidak kurang hebatnya apabila banyak berlaku skandal pembaziran wang rakyat terjadi di bawah kerajaan DAP. Sebanyak RM30 juta wang rakyat dibazirkan DAP hanya untuk mengecat laluan basikal yang tidak menjana ekonomi P.Pinang. Belum lagi termasuk isu pemilikan tanah secara tidak adil dalam kes terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Adakah ini yang diperjuangkan Ariff Sabri selaku wakil DAP Raub? Malah DUN Tras yang turut di wakili DAP tidak menampakkan perubahan sebagaimana dijanjikan DAP dalam menifesto mereka melainkan menghasut rakyat membenci kerajaan dan memlemparkan persepsi buruk terhadap kerajaan setiap kali mereka berceramah kepada rakyat. Kejadian Lim Kit Siang yang dikatakan di baling dengan telur semasa berceramah di satu tempat dalam Pahang menunjukkan DAP tidak lagi di terima rakyat Pahang mewakili mereka kerana DAP tidak berkaliber menjadi wakil kepada rakyat tetapi hanya menjadi wakil kepada parti shaja dan mementingkan poket sendiri.
Rakyat memerhati segala tindak tanduk DAP dengan penuh minat dan menilai prestasi mereka. DAP Raub yang tidak bekerja untuk rakyat hanya mengutip wang rakyat melalui acara 'makan malam amal' dan bersenang lenang dengan pemberian rakyat kepada mereka. Jumlah derma juga tidak pernah mereka jelaskan kepada rakyat dan ini merupakan satu bentuk penyelewengan terancang DAP membodohkan rakyat yang mereka wakili. Sudah tentu Ariff terlibat dalam jamuan 'derma' dan beliau hanya akan muncul di khalayak Raub apabila berasa kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Raub goyah.
Maka, akan bermula episod mencari simpati rakyat dan ini adalah strategi DAP untuk memastikan rakyat terus mengundi mereka.Sampai bila DAP akan terus berbohong kepada rakyat seperti Setiausaha Agung DAP yang berbohong kepada Dewan Parlimen dan rakyat P.Pinang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment