Tuesday, 12 April 2016

Wakil Pembangkang Pahang Beralih Sokongan - Pakatan Harapan Pahang Bakal Di Kuburkan?




Kemelut yang melanda negara sejak isu 1MDB dan dana RM2.6 billion yang didendangkan pembangkang dari 2015 telah mendapat jawapan konkrit dan telus. Ternyata segala fitnah yang dimainkan pembangkang terhadap kepimpinan Dato Sri Hj Mohd Najib Razak hanya retorik politik murahan pembangkang yang gigih berusaha menjatuhkan kredibiliti beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Di Pahang, pembangkang yang cuba bermain dengan persepsi memburukkan imej Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kini berdepan dengan rakyat yang telah mengetahui kebenaran sebalik dakwaan mereka setiap kali mereka berceramah dan memburukkan reputasi Presiden Umno itu.

Menurut sumber bilik gerakan pembangkang, mereka kini dalam dilemma kerana terperangkap dengan dakwaan dari pemimpin tertinggi parti. Desas desus bertiup kencang, mereka bakal mengubah haluan dan akan memberi sokongan kepada Najib kerana telah berjaya membuktikan ketelusan beliau dalam siasatan yang dilakukan Jawatankuasa Kira Kira Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Imej Najib diyakini bersih membuatkan pembangkang di Pahang sudah mula berlembut dan mencari titik kerjasama bersama Barisan Nasional Pahang. Dikhabarkan ada gerakan dari pihak pembangkang Pahang untuk memberikan sokongan kepada Najib sebagai tanda terimakasih dan penghormatan daripada mereka kerana berani disiasat bagi menangkis semua dakwaan yang telah dilakukan terhadap beliau.

Sekurang kurangnya terdapat lebih dari 8 orang wakil pembangkang akan 'melompat' parti sebaik sahaj tarikh PRU14 diumumkan Perdana Menteri. Pergerakan mereka telah dihidu kepimpinan tertinggi parti pembangkang dan ini membuatkan pemimpin parti mereka cuba menawarkan pelbagai janji agar mereka tidak melompat parti di saat akhir.

Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat(PKR) merupakan antara sebab wakil PKR di Pahang hilang keyakinan terhadap Presiden PKR. Selepas desas desus Ezam bakal menyertai semula PKR dan menyertai pakatan bersama Azizah untuk menyekat pakatan Azmin yang berusaha menjatuhkan beliau, wakil PKR dikatakan sudah hilang kepercayaan terhadap parti 'monarki' milik Anwar Ibrahim itu.

Skandal Selangor yang dihadapi Naib Presiden PKR, Azmin Ali juga menjadi faktor kehilangan kepercayaan wakil PKR Pahang terhadap kepimpinan tertinggi parti tersebut. Sikap Azmin yang ber'maharajalela' di Selangor menimbulkan keraguan kepada wakil PKR mengenai ketelusan parti meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Soal intergriti menjadi persoalan utama kepada wakil PKR memandangkan mereka sering menyatakan parti PKR mengutamakan intergriti dan kredibiliti tetapi Azmin sendiri tidak menepati slogan parti.

Bagi wakil Democratic Action Party (DAP) pula krisi yang melanda Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi penanda aras membuktikan parti sosialis sekular tersebut hanya menggunakan mereka sebagai 'kuda tunggangan' bagi mencapai hasrat merampas Putrajaya. Wakil DAP juga mempersoalkan ketelusan Lim Kit Siang dalam isu berkaitan serta sikap bekas Setiausaha Agung DAP itu semasa parti hari lahirnya yang dikatakan mencecah jutaan ringgit. Beliau turut mempersoalkan dari mana datangnya wang untuk meraikan Kit Siang dalam majlis serba mewah yang berlangsung di sebuah hotel bertaraf tinggi.

Parti Amanah Negara (PAN) yang baru ditubuhkan oleh Mat Sabu cuba memberi saingan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Pahang dengan menarik sokongan ahli PAS yang bersikap liberal untuk menyertai mereka sekaligus melumpuhkan pengaruh PAS di Pahang. Usaha ini ternyata berjaya dengan bantuan propaganda yang dilakukan sekutu dalam Pakatan Harapan. Sudah tentu gerakan PAN akan diberikan sokongan kuat DAP memandangkan DAP merupakan pihak yang menentang slogan PAS sejak dari dahulu yang mahu menjadikan negara ini sebuah negara Islam sepenuhnya.

Ini menjadikan PAN mempunyai sokongan kuat dan mereka percaya PAS akan tumpas di tangan mereka jika berdepan satu lawan satu dalam PRU14 kelak. Wakil Pas yang tidak menyenangi kemaraan PAN di pahang tentunya memikirkan strategi baru untuk mengekang PAN dari terus merampas undi mereka. Oleh demikian satu bentuk kerjasama dengan parti dominan di pahang perlu dijalinkan segera bagi menjamin kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang serta Parlimen Pahang.

Ternyata Pakatan Harapan yang meletakkan Pahang sebagai sasaran mereka untuk ditundukkan dalam PRU14 akan terpukul dengan gerakan beberapa wakil mereka yang bakal berpaling tadah kelak. Gerakan sulit ini menjadi 'mimpi ngeri' pemimpin Pakatan Harapan yang masih lagi belum mengenal pasti siapa antara wakil mereka yang akan berpaling tadah.

Walau Pakatan Harapan cuba membangkitkan isu negeri Pahang sebagai umpan untuk mengekalkan kuasa, rakyat semakin bijak menilai sikap pembangkang Pahang yang hanya menggunakan nama 'rakyat' demi kepentingan politik pembangkang. Ini juga telah menimbulkan isu kepada wakil pembangkang yang enggan lagi berpegang kepada retorik pembangkang yang tidak menguntungkan rakyat Pahang.

Sikap pemimpin tertinggi parti dalam Pakatan Harapan yang ego juga antara faktor peruabahan sokongan mereka. Wakil rakyat yang sudah muak dengan cara pemimpin Pakatan menangani isu negeri dan nasional kini mahukan perubahan dan mereka nampak perubahan yang diidamkan hanya ada dalam Umno dan Barisan Nasional. Ketelusan BN yang tidak bersikap memilih kasih dalam memberi bantuan keperluan rakyat menarik minat wakil pembangkang yang agak tertekan dengan sikap pemimpin tertinggi parti yang tidak memahami sosio budaya politik Pahang.

Kini wakil pembangkang hanya menunggu masa sesuai bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Najib sekaligus menafikan cubaan Pakatan Harapan menjatuhkan Barisan Nasional Pahang.

Siapakah wakil pembangkang yang dimaksudkan? Adakah mereka akan menyatakan sokongan kepada Najib dalam masa terdekat? Nyawa Pakatan Harapan di Pahang kini boleh dikatakan dalam tahap kritikal dan menunggu masa untuk 'dikafankan'.

Hingga kini wakil pembangkang yang akan 'melompat parti' enggan mendedahkan identiti mereka. Tiada siapa tahu nama mereka yang bakal terbabit dalam penhijrahan tersebut nanti, tetapi ini akan menjadi tamparan hebat buat Pakatan Harapan yang bercita cita merampas Pahang selepas Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

No comments:

Post a Comment