Saturday, 13 February 2016

'Billboard' Haram Menguasai Selangor



Skandal Selangor memasuki dimensi baru apabila Parti Keadilan Rakyat(PKR) menyalahguna kuasa dengan membuat iklan kempen 'Bebas Rakyat Bebas Anwar' di seluruh Selangor. Terdapat banyak 'billboard' memaparkan imej Anwar Ibrahim yang kini menjadi banduan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.

Sudah tentu PKR membayar harga yang mahal untuk iklan tersebut direalisasikan dan sekaligus menghasut rakyat menetang keputusan Mahkamah. Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meluluskan iklan tersebut yang jelas menghina Mahkamah dan menghasut rakyat.

Setiap iklan yang dipaparkan tentulah mahal harganya dan bagaimana pula PKR membayar untuk semua iklan di Selangor jika bukan dari dana parti sendiri. Adakah Azmin akan memberi alasn klise akan ada penderma yang tampil untuk membiayai semua kos iklan tersenut seperti kos membaikpulih Gerbang Selangor bernilai RM9.8 Juta.

Setiap iklan yang dipaparkan sebenarnya melanggar undang undang PBT  seperti yang telah mereka tetapkan. Sebagai contoh Majlis Perbandaran Subang Jaya telah menetapkan setiap iklan yang dipaparkan di 'billboard' hendaklah tidak melanggar budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia.

Sebagai rujukan peraturan itu terdapat dalam Undang Undang Kecil Iklan MPSJ 2007 (Sel.PU.83) perkara (j) iklan yang tidak melambangkan cara hidup dan budaya Malaysia, perkara (k) iklan politik dan (g) Iklan yang tidak berkaitan dengan premis yang padanya iklan di pasang.

Secara tidak langsung iklan yang dipaparkan dihadapan Subang Parade melanggar undang undang tersebut kerana Anwar Ibrahim melakukan kesalahan yang bukan gaya hidup Malaysia apabila melakukan kesalahan meliwat bekas pembantunya dan sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun.

Apa relevan iklan tersebut dengan ekonomi Selangor yang dilanda pelbagai skandal sejak Azmin Ali mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Menteri Besar Selangor? Malah bayaran sewa untuk setiap iklan 'billboard' bukannya murah bagi setiap iklan skala besar.

Pembaziran wang rakyat yang dilakukan Azmin ternyata menjadi jadi tanpa sekatan dari mana mana pihak. Rafizi Ramli sendiri tidak membantah iklan tersebut malah sekutu kuat PKR, DAP langsung tidak mengkritik pembaziran yang dilakukan dalam Selangor.

Dimana ketelusan yang Pakatan Rakyat banggakan yang kononya berjuang untuk rakyat tetapi kini jelas sekali mereka hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim.

Adakah wujud arahan tertentu kepada PBT Selangor untuk meluluskan lesen bagi iklan yang menghasut rakyat dan menentang keputusan Mahkamah? 

Tidak dapat dipastikan adakah peruntukan Undang Undang keatas pihak yang menghina keputusan yang telah ditetapkan Mahkamah serta hukuman yang telah disabitkan keatas pesalah.

Yang Di Pertua MPSJ mungkin ada jawapan tersendiri untuk menjelaskan kehadiran iklan tersebut yang berada dalam kawasan pentadbiran MPSJ. Perlukah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti setiap kelulusan dari PBT untuk iklan sebegini dan merungkai persoalan dari mana dana untuk menyewa 'billboard' dan siapakah pihak yang membayar kos semua iklan tersebut.

Rakyat Selangor pastinya mahukan penjelasan dari Azmin jika semua ini melibatkan wang rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui jika ada ketirisan dana dari wang rakyat telah disalahguna oleh PKR demi kepentingan politik parti itu.

Cukuplah dengan skandal yang masih belum berjawap yang dilakukan Azmin hingga memaksa aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersuara. Rakyat Selangor dahagakan pembangunan, bukannya projek yang hanya menguntungkan kantung PKR. Azmin patut melihat keadaan jalanraya Selangor yang disifatkan sebagai telaga oleh rakyat Selangor dan menunaikan segala janji Pakatan Rakyat dalam menifesto mereka.