Tuesday 22 September 2015

Laluan Maut Menanti Pemandu..Di Mana Adun Dan Ahli Parlimen?

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan yang dikunjungi ramai terutama waktu cuti sekolah dan perayaan.Jalan utama dari Perak adalah melalui Tapah namun atas keprihatinan kerajaan satu jalan alternatif telah dibuat untuk keselesaan pelancong.

Kini Cameron Highlands boleh dilalui menerusi jalan Gua Musang-Lojing dan Raub-Sungai Koyan-Betau.Prasarana ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional mementingkan kawasan pelancongan sebagai sumber pendapatan setempat.

Jalan paling selesa untuk dilalui pemandu yang ingin kesana adalah melalui Raub yang mengambil masa lebih kurang 3jam dari ibukota.Pelancong boleh menikmati perjalanan yang menyejukkan mata bila merentasi ladang sawit serta hutan disepanjang laluan Raub-Sungai Koyan sebelum meneruskan ke Cameron Highlands.

Namun begitu ada kelemahan yang ketara di laluan Raub-Sungai Koyan.Jalan yang agak kecil serta gelap menyukarkan pemandu apabila malam.Ditambah dengan kawanan haiwan peliharaan yang berkeliaran diatas jalan memburukkan pemandangan.

Jalan Tersang-Sungai Koyan dikategorikan berbahaya kepada pemandu yang pertama kali membuat pemanduan waktu malam.Faktor jalan yang rosak serta gelap ditambah dengan ketiadaan lampu jalan amat membimbangkan.Garisan jalan pula sudah tidak kelihatan dan ini pastinya menjadi igauan ngeri kepada mereka yang memandu.

Laluan Raub-Sg Koyan adalah jalan persekutuan dan menjadi tanggungjawap Jabatan Kerja Raya untuk membaikpulih struktur jalan itu.Walau kadar kemalangan maut dilaluan itu tidak tinggi namun JKR seharusnya prihatin dengan keadaan itu.

Penduduk setempat telah berkali meminta agar diperbaiki pihak yang bertanggungjawap masih enggan melaksanakannya.Dimana tanggungjawap Ahli Parlimen Raub serta Cameron Highlands dalam memohon peruntukan menaiktaraf laluan tersebut.

Apa yang dikesali pemilik haiwan ternakan juga melepaskan tanggungjawap mereka dan membiar ternakan berkeliaran diatas jalan dan ini adalah amat berbahaya buat mereka yang tidak biasa dengan laluan itu.

Menjadi harapan penduduk dan pelancong agar jalan itu dinaiktaraf untuk keselesaan pemandu terutama ketika waktu puncak sektor pelancongan.Adun Batu Talam serta Adun Jelai tentu maklum dengan keadaan tersebut,namun sikap berdiam diri dan tidak membantu membawa perkara ini ke pengetahuan negeri adalah dikesali.

Adakah mahu menanti pilihanraya atau kemalangan maut besar besaran terjadi baru mahu pertimbangkan permintaan penduduk serta pemandu?Mungkin itu sudah terlewat.

Apa yang diharapkan keprihatinan Menteri Kerja Raya menyalurkan peruntukan menaiktaraf jalan itu dilaksanakan.Ini pastinya akan merancakkan ekonomi setempat serta sektor pelancongan Cameron Highlands.


No comments:

Post a Comment