Saturday 25 February 2017

"MAHAFIRAUN"MAHU BERTAUBAT - CUCI 'DOSA' TERHADAP ANWAR?




Pada tahun 1998, sejarah tercipta dalam politik negara sekaligus menggemparkan masyarakat bukan sahaja Malaysia malah tersebar dengan pantas ke seluruh negara akan pemecatan Anwar Ibrahim dari Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir atas salah laku seks luar tabie. Bermula dari detik itu perjuangan Anwar menentang Mahathir bermula dan yang menarik sekali ia berlaku di jalanan sepertimana pernah dilakukan Anwar ketika masih menuntut.

Mahathir yang memberi alasan krisis kewangan yang gagal ditangani Anwar menjadi sebab utama pemecatan ketika itu selain dari pendedahan beberapa individu yang pernah menjadi objek memuaskan nafsu songsang Ketua Umum PKR yang kini masih meringkuk dalam penjara kerana disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya. Anwar yang cuba membawa kuasa jalanan bagi mengecam kekejaman Mahathir ternyata gagal berbuat demikian kerana semua akses maklumat di kawal menggunakan Akta ISA ketika itu. Enggan tunduk kepada Mahathir, Anwar telah berjaya menghidupkan laungan 'Reformasi' bagi menggambarkan kezaliman Mahathir yang didakwanya sebagai langkah menghapuskan karier politiknya yang semakin menidakkan penguasaan Mahathir pada waktu itu.

Masih terbayang bagaimana PWTC di serang, dirosakkan oleh penyokong Anwar yang berang dengan tindakan Mahathir dan menjadi kejutan pertama menyaksikan kesucian Rumah Ibadah Umat Islam tercemar dan tidak dihormati lagi apabila penyokong bertindak 'merampas' Masjid Negara serta melumpuhkan Kuala Lumpur dengan laungan 'Reformasi'. Penyokong Reformasi yang datang hampir dari seluruh pelusuk negara ketika itu bertekad mahu menjatuhkan Mahathir dan menghukumnya atas tindakan yang telah di buat atas Anwar.

Mahathir yang terpaksa menggunakan segala kekutan undang undang bagi mengekang kemaraan Anwar dan penyokongnya mengambil langkah drastik apabila bijak memanipulasi ISA (Internal Security Act) bagi menahan sesiapa yang disyaki mampu menjatuhkannya dari kerusi Perdana Menteri. Itu sebahagian dari kisah awal penentangan 19 tahun yang lampau terhadap Mahathir hingga di gelar 'Mahafiraun' oleh pihak lawan.

Hari ini Mahathir pula mengambil tempat Anwar sejak 2015 bagi menjatuhkan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak dengan pelbagai tohmahan dan mutakhir ini mula menjalinkan kerjasama dengan parti politik yang di cemuhnya satu masa dahulu. Membawa bersamanya mantan Timbalan PM, Muhyiddin Yassin serta mantan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir yang kebetulan adalah anaknya sendiri bagi melaksanakan 'Impian Anwar' yang masih belum tercapai. Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah membuka lembaran baru kerjasama antara bekas musuh bagi tujuan sama menjatuhkan BN dari Putrajaya.

Bersama sepentas dan senada dengan pembangkang Malaysia, Mahathir gigih menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan 'hasrat' serta 'impian Anwar Ibrahim. Bermula dari dongeng Sarawak Report di mana kemudiannya di tokok dengan 'propaganda' media 'orang putih'yang mengimpikan Malaysia berada di telunjuk kuasa Barat. Mahathir yang masih belum mampu mengemukakan BUKTI terhadap ceritera 'Hikayat Anak Buloh Betong' yang sering dicanangnya. Malah selaku Penasihat PPBM, Mahathir ternyata masih 'mengigau' seolah beliau masih lagi PM dari 1981 hingga kini. Sekutu pembangkang mereka DAP, adalah  pertama yang menerima kesan dari 'air liur' Mahathir sudah pun berhadapan dengan krisis dalaman hingga membawa kepada kehilangan kepercayaan di Melaka, bukan itu sahaja fenomena 'Mahafiraun' semakin membiak dalam diam dan kebanyakan hanya menunggu masa sesuai bagi bangkit menyingkir Tun M dari terus 'Beraja di mata, Bersultan di hati' dalam balairongseri mereka sendiri.

Menerima anugerah sebagai 'Bapak Ayam' dari ahli DAP, Mahathir ternyata masih menjaga 'Hidung Bengkok' sehingga berjaya mencapai matlamat 'SEBENAR' impiannya. Jelas sekali akibat 'Gila Talak' Mahathir sanggup menelan 'lendir lendir' yang pernah dikahaknya satu ketika kepada pembangkang. Ternyata mantan Penasihat Petronas ini berjaya menyembunyikan riak sebenar hati di hadapan penyokong pembangkang dan meneruskan 'lakonan' seolah beliau sudah suci sebaik menjejak kaki kedalam aliran Ganges di India.

Kejadian yang disaksikan jutaan rakyat Malaysia dalam satu program anjuran Reformis Reformasi amat mengejutkan sekaligus menjadi sejarah terbesar selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Dengan mengangkat tangan menyokong laungan Reformasi, ternyata Mahathir sudah berjaya dibodohkan penyokong tegar Anwar Ibrahim. Beliau bukan sahaja menerima kecaman malah segala perbuatannya terus diungkit oleh para Reformis. Mengakui kesalahan lampau dan menyeru kepada kekuatan pembangkang, ternyata Mahathir masih ego bagi penyokong Anwar kerana tidak berani memperakui kesilapannya terhadap Anwar 19 tahun lampau, begitu juga dakwaan seks luar tabie yang pernah menjadi antara 'Senjatanya' ketika menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Cuba mengubah pandangan para Reformis, Mahathir merayu hingga sanggup di ambil tindakan keatas semua kesalahan lampau tetapi hanya selepas menjatuhkan Najib Razak. Mengapa beliau perlu menunggu hingga Putrajaya di rampas pembangkang? Persoalan ini agak menarik kerana jika difikirkan secara logik, seandainya BN tumbang maka pembangkang akan menubuhkan kerajaan dan secara tidak langsung beliau akan dilepaskan atas ehsan membantu semua impian Pakatan Harapan yang tidak berjaya dilaksanakan ketika masih Pakatan Rakyat. Cacian serta cemuhan dalam nada 1988 masih kedengaran dalam klip video berkenaan namun Mahathir cuba berlagak tenang walau ada ternampak senyuman bak 'Firaun' di hujung bibirnya.

Apa lagi yang Mahathir mampu lakukan untuk mempengaruhi rakyat agar mempercayainya bila penyokong sekutu politik parti PPBM sendiri mencemuh beliau? Pentaksub tegar Anwar memerhati kemana arah tujuan politik Mahathir dan gaya 'diktator' 22 tahun masih kekal segar dalam ingatan mereka. Mahathir sudah hilang moral sendiri di pentas PKR.

No comments:

Post a Comment