Thursday 23 February 2017

ADIK BEKAS EXCO PERAK TUDUH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BEKAL UBAT TIRUAN


CAJ KESELURUHAN RM 600.00 TETAPI KERAJAAN TANGGUNG RM576.00, HANYA KERAJAAN MALAYSIA MAMPU BERI SUBSIDI KEPADA RAKYAT

Berurusan dengan Hospital Kerajaan memberi pengalaman yang sungguh bermakna bagi penulis kali ini. Mendapatkan rawatan di Hospital Raub kerana serangan asma membuka satu ruangan kepada penulis mengenali serta memahami apa yang kerajaan berikan kepada rakyat tetapi dinafikan oleh golongan yang 'kufur nikmat' dan mencaci apa juga dasar kerajaan.


Tepat jam 10 malam 20 Februari 2017, penulis memandu sendirian ke Hospital Raub untuk mengambil 'nebulizer' mengatasi masalah asma kerana perubahan cuaca. Bersandarkan pengalaman ketika hampir 11 jam terkandas di unit kecemasan Hospital Raub, trauma kejadian sama berulang tetapi pihak mana lagi yang menerima pesakit di luar waktu kerja jika bukan hospital kerajaan? Bandar kecil seperti Raub tidak menawarkan hospital swasta dan rata rata penduduk tempatan bukan golongan 'mewah' yang mampu membayar harga yang keterlaluan bagi mendapatkan rawaatn luar waktu seperti yang disediakan kerajaan.



Sampai di kaunter, staff di Unit Kecemasan tidak mengambil masa yang lama untuk berurusan kerana tahu pesakit asma perlu di rawaat dengan kadar segera dan mengarahkan penulis terus masuk ke unit rawatan. Penolong Perubatan juga dengan segera mengambil langkah perlu memberi penulis rawatan tanpa mengeluh. Segalanya penuh ketelitian dan dos yang diberikan di pantau oleh doktor yang bertugas. Selepas 'neb' pertama, masih terasa tersekat ruang pernafasan dan doktor mengsyorkan untuk dos kedua dan di suntik dengan ubat bagi membuka ruang pernafasan bagi melegakan keadaan penulis. Pernah 'kita' tahu berapa nilai setiap suntikan dan dos 'nebulizer' yang diberikan kepada pesakit? Nilai oksigen yang dibekalkan pula tentulah bukan murah dan sebagai pesakit, 'kita' tidak pernah tahu berapa harga yang di bayar oleh kerajaan untuk merawat rakyat selama ini.



Selepas perbincangan dengan doktor yang bertugas, beliau tidak berpuashati dengan keadaan kesihatan penulis lantas mahu memasukkan penulis ke wad bagi menerima rawaatn lanjut dengan di pantau oleh jururawat dan penulis mendaftar masuk ke wad lelaki Hospital Raub tepat jam 12.50 tengah malam. Sekali lagi penulis diberikan bantuan pernafasan menggunakan oksigen dan ianya berterusan hingga pagi. Sekali lagi berapa 'kos' oksigen yang penulis telah gunakan?



Dalam menerima rawatan pelbagai ujian termasuk pengambilan sampel darah bagi ujian virus dilakukan dan semua ini melibatkan kos kepada kerajaan untuk di tanggung. Belum masuk kos penyediaan makan dan minum setiap pesakit yang sedang di rawat serta pakaian pesakit yang di tukar setiap hari mengikut keperluan pesakit selain tempat tidur yang dibersihkan petugas hospital. Selepas penulis beransur pulih dan menerima rawaatn terbaik, doktor memberi kebenaran keluar wad bersama bekalan ubatan untuk di makan penulis mengikut diskrepsi yang ditentukan doktor bertanggungjawab.



Kali ini penulis pula yang hampir terbeliak mata denagn segala ubatan serta melihat senarai harga tanpa subsidi kerajaan serta caj rawatan sepanjang menjadi penghuni wad lelaki Hospital Raub.


  • Caj Wad Lelaki  (Kelas 3) -RM60.00 sehari x 3 hari = RM180
  • Caj Rawatan (Kelas 3 ) - RM100.00 x 3 hari = RM300
  • Makmal - FBC (Full Blood Count) = RM40.00
  • Makmal - FBP (Full Blood Picture) = RM80.00
  • Jumlah Kos Perkhidmatan = RM600.00
Terkejut? Anda pasti terkejut dengan apa yang penulis PERLU BAYAR 
  • Caj Wad Lelaki (Kelas 3) - RM3.00 sehari x 3 hari = RM9.00
  • Caj Rawatan (Kelas 3) - RM 0.00 x 3 hari = RM0.00
  • Makmal - FBC - RM5.00
  • Makmal - FBP - RM10.00
  • Subsidi Kerajaan Malaysia - RM576.00
  • Jumlah perlu di bayar selepas subsidi kerajaan = RM24.00
Hampir RM576.00 kos keseluruhan di tanggung oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan rakyat dan tidak sesekali membebankan rakyat dengan kos yang melampau bagi merawaat rakyat yang memerlukan. Ubatan yang dibekalkan pula bukanlah murah harganya dan bukan seperti dakwaan individu tertentu dari pembangkang yang memburukkan kerajaan dengan tuduhan LIAR sudah tentu akan memberi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuduhan Hamizura Osman terhadap Hospital Kerajaan merupakan sesuatu yang amat berat dan sewajarnya pihak Kementerian mengambil tindakan tegas terhadapnya kerana berani menuduh KKM memberi ubat tiruan kepada pesakit serta menuduh kerajaan tidak memberikan rawatan yang baik kepada pesakit yang mendapatkan rawaatn di Hospital Kerajaan. Beliau membuat kenyataan berbaur niat jahat dalam satu kenyataan di media sosial dan tidak membetulkan kembali tuduhan tersebut.

Baca tuduhan Hamizura
https://yusmanzaharizakaria.blogspot.my/2017/02/amt-ppbm-dakwa-kkm-bekal-ubat-palsu.html

Kementerian sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang suka membuat tuduhan liar serta palsu terhadap KKM selama ini kerana pengalaman penulis berurusan dengan Hospital Raub amat berbeza sekali. Cuma Hospital Raub perlu penambahan Doktor Terlatih serta penambahbaikan dari bilangan petugas untuk bekerja memandangkan Raub semakin hari semakin pesat membangun dan keperluan Doktor amat kritikal bagi daerah ini.

No comments:

Post a Comment